Thursday, January 21, 2010

"cintai diri kamu"



salam semua
aku harap korang semua sihat belaka n bahagia
harini cuaca kat kuala lumpur x berapa ok..hujan lebat ptg td( tdo bes ooo)
adakah lebatnya hujan selebat perasaan tuan empunya blog ini
apabila aku semak semula entry bulan nie selepas seorang shbt bertanya kpdku
" sap..knp blog ang cam emo je?"
bru aku terasa tulisan aku bulan nie TER"EMO" la plak...terima kasih mmbr aku ( encik Fizz)...
xdinafikan bulan nie sgt mencabar bg aku...
seolah2 aku terasa 1 tekanan...
emosi dan fizikal aku sering teruji....
ini aku rasakan sgt mencabar( mungkin alam kerjaya nnt akan lebih mencabar dan tercabar..hoooh)...
sebolehnya aku cuba mengatasi tekanan tnpa membiarkan tempias kepada org sekeliling aku...
dan aku bersyukur..
saat2 mengharungi tekanan..aku masih ada agama...keluarga..dan teman2 yg sedia member nasihat dan sokongan dan kekuatan padaku...
begitulah liku2 kehidupan seorang manusia...
ada masa jatuh dan bangun...
tambahan manusia yg biasa seperti aku..
cabaran dan tekanan membuatkan aku lebih berfikir ttg sesuatu
sesuatu yg kadang2 aku lewakan
sesuatu ttg masa depan ( tgh berfikir2)
ttg perancangan masa( demi masa )
semuanya membuatkan aku lebih kuat dgn cabaran sbg manusia di muka bumi ini...


sedikit rujukan...

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها


Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]


Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;



أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]



Tips Mengurangkan Tekanan :-

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
3) Banyakkan Solat Sunat
4) Selalu berdoa kepada Allah

5) Bersangka baik dengan Allah
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
8) Menangis dengan sepuas hati
9) Hargai kebolehan diri sendiri
10) Cintai diri sendiri







"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain"

p/s ;semoga lepas nie semua akan lebih baik..n ceria2..mau wat penulisan yg santai dll...

2 comments:

fiz mr.beloved said...

Assalammuaikum..
ur welcome my dear..
setiap orang mpunyai ujian masing2,wlpn kekadang ia pahit untuk dtelan atau berat untuk dipikul,kita harus hadapinya dgn tabah..sesungguhnya ujian yang diberikan bertujuan untuk menguji keimanan kita kepadaNYa.

keRAna AKu SAP said...

wslm fizz
yup
ujian byk hikmahnya
walau pahit cam coklat esprezzo
kena telan gak..
semua itu jalan2 kehidupan kita
kena REDHA dan muhasabah diri...