Friday, October 23, 2015

Mr Pengecut


aku tiba-tiba teringat si pengecut
santun menyusun kata
supaya tidak hati terluka

walhal tayangan drama kau telah awal dilayarkan
seakan aku yang buta memahami

Ku percaya tuhan itu selalu membuka mata hati
terdetik
lalu terpancar segalanya
dan rahsia bukan lagi rahsia

si pengecut dengan cerita  yang paling hebat
telah lama aku menjadi pemerhati
pemerhati kepada segala jalan cerita yang kau karang
dan sampai satu masa
aku mengetahui segalanya

si pengecut
simpan sahaja baris kata penyesalan kau
seolah-oleh tiada penyesalan di garis wajah
mempermainkan dan menyakiti

kini aku melihat jalan-jalan  yang kau pilih
bahagia bukan
bercanda seakan dunia tidak akan kiamat
pilihla hidup yang kau mahu
tidak sedikitpun penyesalan tentang kehilangan kau

aku benar-benar tenang setelah kau pergi
pergilah bercanda  dan mengarang segala kisah yang kau mahu
aku tidak pernah kisah dan tidak pernah akan kisah
malah dalam hati aku dah  meraikan segalanya,
bakar bunga api dan menari gembira.

Aku benar-benar yakin dan gembira
ini Jalan yang aku pilih

Sunday, May 10, 2015

SESUKA Jiwa Kamu

KAMU
sesuka hati datang
sesuka jiwa pergi
kamu selalu pikir hati wanita seperti kapas?
mudah menyerap?
mudah mengering?

KAMU
selalu mengutamakan emosi kamu berbanding rasional
aku patung barangkali?
mencari kamu bagai ibu kucing hilang anak
dan kamu diam seperti ditelan ular sawa kekanyangan?

KAMU
pikir wanita untuk apa?
saat hatimu dibalut luka merayu minta perhatian
saat sejelita meragut hatimu kau pergi?
lantas..
aku patung lagi?

KAMU
untuk kali ke berapa dengan sikap begitu
aku bukan muak
aku bukan jelik
aku bukan bisu
aku bukan buta
aku cuma dah mati..

KAMU
aku dah mati
dah mati untuk kamu
terima kasih kerana mengafankanku...

tapi jangan risau kerana aku kuat untuk hidup kembali..
AKU WANITA :)