Saturday, January 21, 2012

balik kg -kawen

harini 21.1.2012
hari terakhir di Um
5 tahun
bukan sekejap
bermula di alam stdy diriku mula menjadi penulis blog ..
tahun ni
boleh la say hi to scroll kuning..insYAllah
slmt tggl sekali lagi UM
jumpa bln 10 nnnt

kawen
ramai mmbr menikah ms CNY ni
smg bahagia selalu
dan kekal ke alam sana..amin
:)

Friday, January 20, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia, Al-Fatihah



Izwan pilus dilahirkan pada 24 nov 1979 telah kembali kepada penciptaNYA harini pada jam 6.15 ptg akibat jangkitan kuman dalam darah
beliau terkenal dengan lagu kembali senyum
apapon marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya tenang di sana
amin..
AL-FATIHAH

sumber ( abg nara dan blog2 lain )

Saat Lafaz Sakinah


esok
20 januari 2012
hari pernikahan seorang teman baik-syakiroh & shuib-
maaf..maaf..maaf
tidak dapat hadir di saat Lafaz Sakinah mu
hari
penyerahan tanggungjawab kepada suamimu
hari dirimu akan jadi isteri kepada dirinya..
daku mendoakan yang terbaik buat dirimu sayang...
insYAllah
semua akan berjalan dengan lancar
jumpa di hari bahagiamu
janjiku
aku akan selalu ada
SELAMAT PENGANTIN BARU..SYAKIROH & SHUIB



Friday, January 13, 2012

Mak..

mak...
cek sarapan oreo dengan oat je pagi ni
mak cakap,
makan macam makanan omputih kan
cek kan dok hostel,
mana leh masak

mak..
kalau pagi-pagi macam ni kat rumah
mesti mak dah siapkan sarapan
nasi goreng...
apapun jenis nasi goreng yang mak wat
itulah paling sedap...

cek tak pernah jemu untuk menikmati tiap2 pagi menu yang sama
sebab mak rajin wat nasi grg yang berbeza tiap2 pagi
walaupon sarapan western tuk isma
nasi goreng cek tetap terhidang

mak..
oreo ni manis
oat ni tawar
tapi cek dh kenyang tuk pagi ni

mak..
mak jgn risau..
semua baik..
cek cuma rindu







Thursday, January 12, 2012

sesekali..biarkan lah...

kata orang
walau sekuat mana kita cuba melupakan memori yang lepas
ada kalanya ia akan hadir tanpa dipaksa

kata aku
abaikan saja jika tidak penting dan menganggu jiwa dan nurani
tapi hati tetap durhaka
mahu mengingati
aku kata jangan
hati tetap bekerjasama dengan otak
maka...berputar la satu persatu....

aku harus mengalah?
maaf..maaf...maaf
hati kata
kau memang suka menipu ye?

daku yang hipokrit terhadap perasaan sendiri
suka jiwa aku la...
hati kata..suke sangat menipu..
kau tak mengerti apa yang ku rasakan ...

tetiba
ada saja air mata mengalir...
aku kalah lagi...
hati kata
sesekali biarkan lah...

Friday, January 6, 2012

Pasrah Bukan Menyerah...

Semalam 24 jam yg getir bagi diriku...
mau tak kaget dan terkesima..
file penting enak di makan virus tanpa back up di mana
sepenuh kepercayaan tertumpah pada encik pendrive
dan akhirnya...HILANG
agak kaget dengan situasi berkenaan...
encik pendrive berjiwa kosong dengan segala folder penting tersembunyi
Puas diriku dan beberapa rakan mendapatkan khidmat encik Google. untuk settle prob ni.

ah...salah aku...cuai
teman baiku telah bbrapa kali mengingatkan
jangan mencintai sangat en Pendrv...
kelak dia akan menjadikan kau juga sakit..
dan semalam benar-benar terjadi
folder folder yang menentukan diriku konvo thn ini memang ada dlm pndrv tersebut...
tp tersembunyi...

ok..tenang..
ini bukan kisah Ombak RIndu yang pasrah menyerah
bagi diriku..jangan pasrah selagi tak cuba dengan sepatutnya
alhamdullilah
seorang abg senior hantarkan kawannya yang pakar dalam bab ni
agak cuak tapi sja mempamirkan ketenangan...hahaha( SENgal Je aku )
dan encik pakar telah membntu mendapatkan semua folder penting walaupun beliau memang penat bekerja seharian...

alhamdulilah..
folder penting dapat diselamatkan..
banyak pengajaran yg harus aku kata Ya
terutama pada diriku sendiri...

kepada mereka2 yang bertungkus lumus semalam..
teman2 yang bimbang hingga tak lena malam
kepada encik Pakar
dan kepada yg beri sokongan ikhlas
terima kasih semua...
smg kebaikan mereka semua dibalas dgn lebih byk kebaikan drpad Allah SWT

* kegetiran semalam mmg menguji siapa yang hanya ketawa bersama shj
dan siapa yang akan menangis dan merasai rasa kebimbangan dan kegelisahan ini...
Terima KAsih Allah..




Tuesday, January 3, 2012

Terlalu menyanyangi mu..



Tersenyum lah
walaupun aku jauh dari dirimu
aku tak pernah berhenti untuk melihat kau tersenyum lagi
sangat bahagia

jangan kau menangis dan merahsiakan sesuatu dariku
kerana semua itu terlalu sakit untuk membiarkan dirimu jalani sendirian
kita pernah berjanji untuk bersama-sama selamanya
susah dan senang
menangis dan ketawa
apa jua keadaan

aku takkan meleraikan tanggungjawabku pada dirimu
terlalu sayang
jika diriku menyakiti dirimu
itu kerana
ku ingin yang terbaik...
janganlah kau bersedih
aku sentiasa ada untuk dirimu
terlalu menyanyangi dirimu...
sayangku..

* khas tuk adik-adiku..isma dan hafiza..



Sunday, January 1, 2012

Selamat Datang 2012

_ pic ni kidnap dr fb mmbr daku :) _

hai 2012
selamat datang...
selamat datang cabaran..
tadi kedengaran bingitnya dentuman bunga api
mengganggu betul saat aku tgk arsenal vs Qpr..
selamat encik robin van persie kesayangan rembat sebijik malam ni...(bye chelase kena trun ke no 5..negnege)
ada gak hadiah tahun baru dr the gunners...

tahun baru,,
azam baru?
azam tahun lepas pon ada yang tak tertunai..
semoga esok lebih baik dari hari2 yang sebelumnya..
:)
semoga menjadi anak yg membahagiakn ke2 orang tuanya


selamat tinggal 2011
ada suka duka
tentang sayang
tentang tikaman-tikam halus
tentang persahabatan
tentang keyakinan yang tak teryakin
dan tentang harapan
tentang ikatan...
juga tentang akademik dan kisah scroll kuning :P

apa yang penting teruskan kehidupan
kita bukanlah terbaik
tp
sekurang-kurangnya kita cuba memperbaiki diri untuk jadi terbaik

apapun selamat datang 2012 yang semakin mencabar
aku juga semakin lupa..2012 aku bakal berumur 25 tahun..
rasa cam sweet 18...uewwww +__+
hahahhha

papai semua..