Friday, September 23, 2011

Hilang

manusia mmg akan berubah
mungkin saya
mungkin juga awk
tiba-tiba
saya rasa awak dan saya bagai utarid dengan pluto
jauh
mungkin saya yang merasa begitu
mungkin biasa bagi awk


mungkin mainan perasaan begini
kerana
awak yang selalu mendengar rintihan saya
menerima sapaan sang mentari dan bulan
xmengapa
saya tetap memahami awk
cuma
terima kasih mendengar segala repekan
dan mungkin ia akan hilang
hilang
dan awak mungkin takkan sedari
terima kasih awak...

Wednesday, September 21, 2011

beratnya langkah kaki

salam
terasa berat langkah kaki ini..esok harus pulang ke kuala lumpur untuk meneruskan baki 1 semester yang ada. jujurnya feel aku belum bertunas lagi.. yang pasti lepas ni kena menghadap penyelia aku untuk kertas penyelidikan..turun ke lapangan, berkampung di perpustakaan, sebahagian daripada kehidupan aku sebagai pelajar. apapon aku enjoy menjalani kehidupan ini
belajar erti bersyukur dan redha..yg penting kena usaha dan tawakal ye cik kek coklat

ohhh
sepanjang cuti semester banyak perkara yang dilalui
mengajar aku ttg erti ketabahan, kejujuran, keikhlasan redha dan menerima ketentuan
diriku belajar daripada kesilapan, erti memaafkan..walaupun saya sedar ada hati yg menjauh..
maaf sy cuma manusia biasa yang bukannya maksum
terima kasih atas sokongan rakan yg di dunia maya dan realiti
sgt menghargai

berhenti merungut
bersyukur atas setiap nikmatNYa...
ya...TEruskan hidup
perjalanan ku ini masih jauh
amin
selamat malam semua blogger :)
esok KL menanti diriku..





Tuesday, September 13, 2011

Diam

harini ada sedikit amarah dihati
seboleh-bolehnya sy cuba untuk bersabar dan berfikiran positif
diam itu lebih baik drpd memekak mcm orang hilang kewarasan
adakalanya
bersendirian itu lebih baik
bila amarah reda
keluarlah dr kepompong bisu..
kembali seperti biasa..
entah..
jarang bagi saya untuk marah untuk tempoh yang lama
mungkin sy jenis yang mudah sejuk
tp
adakalanya
emosi mengatasi kesejukan tersebut..
sebolehnya mahu saja simbah amarah dengan air sejuk
biar reda...
ada sisi positif yang harus dibaca
senyumlah...
baru nampak muda...
apa yang berlalu, biarlah..
jalan masih jauh...

Thursday, September 8, 2011

arsenal


Arsenal v Swansea

Barclays Premier League

Saturday, September 10, 2011


tersungkur tak bererti jatuh

lawan-lawan dan lawan...

dh ada player baru

harap-harap musim ni bersinar dgn gandingan pemain-pemain baru..
aiyakkkkkk


Wednesday, September 7, 2011

kembali

salam
minggu depan gadis dan bagasinya harus pulang ke kuala lumpur
rumah keduanya setelah sekian lama
ada 1 semester yang perlu dihabiskan
dan rasanya semester ini menuntut kesungguhan yang lebih untuk menulis , turun ke lapangan dan berkampung di perpustakaan...
satu sem lagi....
ngenegenegegee...
kuatkah dirinya...
tahun depan harus konvo...
harus berjuang
ya..pahlawan jangan mudah mengalah walau selalu kalah
semoga perjalan ini sebahagian dr ceritera kehidupan yang penuh cerita yang harus dilalui olehnya
aminnn

Saturday, September 3, 2011

wartawan malaysia meninggal kena tembak kat somalia.

Al-Fatihah - Takziah kepada keluarga Jurukamera BernamaTV Noramfaizul bin Mohd Nor


takziah wat keluarga Allahyarham
aku pon buka tv n internet lambat td..
buka je internet berderet blogger len dh update sal berita ni

misi keamanan dijangka pulang lebih awal

ni sumber dr encik METRO Online:

kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) ketika mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.


Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, terbunuh

seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut dilaporkan cedera di tangan

53 lagi anggota misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia termasuk petugas media bagaimanapun terselamat dalam serangan itu dan mereka kini dalam proses pemindahan ke lokasi selamat

Al-fatihah...


Friday, September 2, 2011

aku bukan bola

bola
sepak sana
sepak sini
sampai gol
dan kamu teriak hingga lompat2
dan itu buat kamu bahagia

bola
sepak sana
sepak sini
matlamatnya menuju sasaran
dan itulah tanda kemenagan


sila ambil perhatian
aku bukan bola
yang suka jiwa kau sepak sana
sepak sini
sebab
aku manusia yang ada perasaan
yang bukan untuk disepak sana sini
sekian repekan malam