Thursday, April 28, 2011

Gadis & Bagasi

dari kota ke desa
seorang gadis dan bagasinya
di keriuhan ramai
sabar dan tenang
untuk pulang ke desa

gadis dan bagasinya
ingin segera pulang
selamat tinggal kota
selamat tinggal kasih
selamat tinggal gedung ilmu

kelak
aku pulang
kerana perjuangan belum selesai
ada kasih yang tertinggal
ada jiwa yang menunggu
kata tamat harus ku cari
dalam perjuangan ini

gadis dan bagasi berlalu...

p/s : saya berehat seketika dr dunia blogger...nnt jumpa lg ye..



Apa sebenarnya terjadi kat pempuan tersebut?


Harini entry jahat
tetiba terasa 2 tanduk tumbuh di kepala
aiyakkkkkkkk
Oh Tuhan,...kenapa i jahat sangat harini
ini kisah pelajar yg x berapa cemerlang tapi cute miut,,( mood perasaan )
d berjalan menuruni bukit yang curam sambil mengendong buku2 yang harus dipulangkan..
tetiba selisih dengan seorang gadis yang ayu berambut rebonding berbaju putih
adat la..bila selisih dengan perempuan yg sedekah senyuman
i pon senyum la~ jangan sombong dalam dunia ni~
tetiba
arghhh...
kenapa mata mengerling
hati berkata-kata
mulut terkunci sambil tersenyum kambing
lirikan penuh makna...
adeiii
xnak2...
mengapa...
mngucap2,,,,
istifar banyak...
jangan kata orang ..awk pon bukan yg terbaik sgt
terus berjalan sambil mp4 terus bermain....
sambil memerhati ragam pelajar dalam kampus
saya manusia biasa yang penuh dengan salah
ini hidup
ini kisah
ini cerita
sebelum perjalanan ke Alam sebenar
TAmAT

p/s : apa sebenarnya terjadi kat pempuan tersebut?

jeling2

JAWAPANNYA :
ada di bahagian KOMEN

Wednesday, April 27, 2011

Walimatulurus...

cuti sekolah
sinonim ngn majlis keramaian
kahwin,sunat, aqiqah la.bertunang la..
semua dalam waktu cuti kn..biasalah
bila waktu cuti sekolah atau cuti yang panjang mudah untuk semua sedara mara berkumpul dan memeriahkan majlis selain tolong -menolong sesama jiran dan sedara...
tak terkecuali abang sulung saya yang akan menamatkan zaman bujang
kad jemputan siap sudah...
mungkin sekarang abah dan emak sibuk menjemput
tag di fesbuk?
mungkin tak molek bagi orang melayu cam kita
tp mungkin juga ok..nak bgtaw kawan2 tentang majlis kita
terpulang pada individu ye...

mak abah saya cakap kalau nak menjemput kita kena jumpa orang yang hendak dijemput
baru jelas keihlasan dan kesungguhan nk menjemput
kalau jauh mungkin leh sampaikn melalui pos atau telepon
orang Melayu tu penuh dengan nilai tersendiri
penuh nilai tatasusilanya...
mungkin
esok dan esok abah dan mak sibuk memanggil
dan saya kena ikut juga sebab ada barang untuk kenduri yang harus dibeli
dan soalan lazim
lepas ni anak dara pulak ke...
_tunggu jemputan pulak la.._

hahahahhah.....
ikhlas itu indah
kadang-kadang tak nampak
tapi dirasai
~ walimatulurus~
TAMAT



Sunday, April 24, 2011

SAH..d bakal tunang orang

Zahiril Adzim


ini bukan blog hiburan
ini bukan blog artis
tp harini
dan dari beberapa hari yang lalu
saya dah tahu
d bakal tunang orang
tahniah...
satu langkah lagi...
dan kini
d bakal bergelar tunang orang

p/s: member i kecewa sbb Ustaz Amirul jd tunangan orang..
xpe cik cute atie...banyak lagi jejaka...hehee
kumbang bukan seekor..alahai..

Saturday, April 23, 2011

Sesi membuLat Mata


Sesi menelaah bakal bermula lagi
asal menghadap buku
pastinya bukan saya membaca buku
tetapi buku yang membaca saya
adeiii
apa nak jadi ni
asal membaca mata saya semakin sepet

TAPI KALAU ....

men Fb cerah mata je
aiya...membazir masa


kalau ada orang camni teman..sah2 bulat mata saya
semangat je nak stdy
perghhhhh

APAPUN:

buku tetap kena baca
target mesti ada
pembaziran masa tetap berlaku
tapi jangan risau
stdy smart

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
untuk semua teman
semoga berjaya dengan cemerlang

~ mata sila bulat kembali, banyak lagi yang perlu dibaca ~

Friday, April 22, 2011

Mandi hujan berjemaah

Hari ini 22 April 2011
aku ingat lagi 22 April 2003
bukan harini sahaja, 22 April sampai bila-bila
pada malam tersebut warga dorm aku telah dengan rasminya bermandi hujan secara berjemaah
padan muka!!
kami warga dorm G3 sekolah menengah teknik sg petani 2 kedah
telah mandi hujan beramai-ramai
semua ini angkara menyambut besday junior ...
malam tu
tepat jam 12...
air sabun+ air nila+ air softlan..aku lah yg bancuh
pastu...
wangi satu toilet
malam itu..ANNA YANG PUNYA
berkejaran, bingar sana-sini
pastu...
sunyi.....
MATI
Puan naik...
tadi aku check, umah d dah gelap..macam mana tiba-tiba Puan menjelma di hadapanku...
malam tersebut mandi hujan hampir 15 minit kot
tq temanku yang sediakam tuala selepas aku didenda
yang tak boleh aku lupa
berapi telinga aku esok pagi masa dalam kelas
budak yang aku pangkah siap perli
" semalam orang tidur lena sebab ujan, tp ada orang berbaris dalam hujan"
hahahhaha....siap la ko nnt
22 April setiap tahun
kemas dalam ingatan
zaman kenakalan budak-budak hostel




Wednesday, April 20, 2011

saya suka awk kek coklat

(sumber : kidnap dr fb encik Nemy :)

alhmdllh kenyang..
dalam kesibukan menyiapkan tugasan saya begitu selera menikmati beberapa potong kek coklat
teman serumah sudah lali dengan kecintaan saya kepada kek coklat
namun
tak boleh makan banyak2
kan gemuk
saya sangat senang hati
menikmati kek coklat
dengan sepenuh jiwa dan perasaan
sepotong demi sepotong
jangan risau housemateku
ada lagi kek coklat buat kalian
cukup indah saya katakan
saya suka awk kek coklat
cukup bahagia,..

p/s : sambung buat asgmnt smbil melirik lemak-lemak di kepak ayam...hahahha

Tuesday, April 19, 2011

air kelapa muda

( sumber : ohmedia.my)

dihari yang terik
terasa seperti mentari memayung diriku
sangat dahaga
terliur tgk video ayaq nyok ni...
punya kreatif insan yang cipta alat tersebut..
mudah, kreatif dan memudahkan keja
sedap ni minum ayaq nyok + ais batu
di tengahari yang terik
i likeeeeeeee
sejuk
blurppppp
nyaman, terasa dikerongkong
wohaa!!!!
ayaq nyok....

nasi lemak sungguh enak dimakan begitu saja..

Kaji semula hadkan nasi lemak

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu. ( sumber KOSMO)

mari fikir bersama-sama :

- tentu memprotes kalau kat sekolah saya tak jual nasi lemak

-sebenarnya faktor obesiti bukan sahaja di sekolah, tetapi bermula di rumah atau di mana sahaja kt makan..

-klu xmo bg jual air berkarbonat, gula berlebihan, syorkan semua pelajar wajib bawa air masak sendiri,klu di rumah anda ada Bio Aura bleh juga..hehehe

-lagi bagus, ibu-ibu wat tapaukan makanan untuk anak-anak

-yang penting kena senaman dan jaga pemakanan

sekian pakar pakar kesihatan melalut di sini..

Sunday, April 17, 2011

tiup saja..



tiup saja
biar ia terbang
tinggi dan hilang
lesap dari kaca matamu...

tiup saja
biar rasa yang pendam lepas
lepas semahunya
lepas ke udara

tiup saja
itu yang ku mahu setelah sekian lama
di tasik hijau
ku pendamkan hasrat
bermain bubble
tiup saja...


qirah suka..
puas bermain bubble...

Saturday, April 16, 2011

Kasut di luar kaki ke dalam

ilmu..
jeng2x
ini 3 keping gambar yang saya kidnap daripada Yuni
semasa sesi berjumpa prof
Kasut di luar kaki ke dalam
apa yang di luar
apa yang di dalam
entry sy yang tak menarik malam ni...
banyak lagi yang perlu difikirkan
manisfesto dalam diri saya banyak yang tak ditunaikan lagi
alahai cik blogger...
fikir..fikir..dan terus berfikir...

dr sisi tingkap 3...(skodeng)
mastika zmn 70-an.prof ckp, dlu mastika bhn bacaan ilmiah
kini, cerita mistik ...
aloha...

Wednesday, April 13, 2011

Buih-buih kasih..

td saya dapat bubble ni
ada sekotak dalam kereta kak ena
mai 1 botol
syok juga tiub belon ni...
tiup dalam rumah
kan licin, jatuh plak kawan-kawan saya
tapi kalau tiup kat tepi pantai ke, tasik ke, kat kawasan lapang pon syok juga
wahhhhh...
layan perasan sungguh kalau main bubble sambil angin sepoi-sepoi bahasa
saya sukaaaaaaaa

p/s mungkin kalau esok cuaca elok, boleh men bubble kat tasik ijau...
i likeeeeeeee


Tuesday, April 12, 2011

Khasiat bawang merah




bawang merah ialah bawang yg kecik- betul kot-
bukan bawang besar taw! ( bawang besar buat tomyam pun sedap )
salah satu manfaat ialah untuk mengurangkan sakit kepala
bukan sakit kepala tampal koyok je..
sakit kapla jerlum ayaq bawang merah pun boleh

Bahan2
-bawang merah
-air
-besan / bekas nk isi air

cara-cara
-ambik beberapa biji bawang merah yang tlh dikupas tumbuk bg pecah sikit
-ramas dlm air
-kemudian jerlum kepala ( bahasa kedah la ) @ sapu + ramas pada rmbut anda
- selamat mencuba
-jangan kena mata dah la.. pedih ooo

tak cantik, tak tertarik, tak da bomb !

cantik, menarik, tertarik kau memang da bomb..
apa yang manarik akhbar harini?
apa yang da bomb kini
muak ada ala...
isu yang sama
tak habis2
berjela-jela
berbelit-beli macam gasing da...
cakap sana cakap sini
pusing sana, pusing sini
kalau sesat pakai GPs..
oo..hari yang panas..
xleh lepak kat tasik ijau tgk orang berkayak
sekian
xie xie..



Monday, April 11, 2011

rasa bersalah...


skrg 2.20 pagi
sedang asyik mengedit asgmnt
tetiba rasa bersalah meresap ke dalam jiwa saya
masej ain yg bertanya bila saya akan melawat aneesa..
ya...
rasa bersalah pada ain
teman baik semasa mengharungi zaman nakal sebagai pelajar f6
ain dalam tempoh berpantang anak pertama
berpantang di rumah bondanya..tak jauh dari rumah saya
semasa pulang ke Sg Petani minggu lepas tak sempat saya melawatnya
masa terbatas dengan persiapan perkahwinan abang saya
maafkan saya ain
hadiah untuk puterimu sudah ada
cuma belum berkesempatan
InsYAllah..
sebelum pulang ke kedah nnt
cik sap akan menemui Aneesa...

~ bersedia dengan soklan panas: ang bila lagi sap ?~

Sunday, April 10, 2011

Hujung minggu si bujang

ini blog si bujang
( lewat mengupdate harini)
hujung minggunya yang tidak sesibuk mana
tapi dia berpura- pura sibuk
deruman F1 dah bermula..
tapi..
saya masih di rumah
hujung mingu si bujang yang comei ( memuji diri sendiri..kuang2x)
dok settle asgmnt
mengemas rumah
cuci umh
mengupdate blognye...
mkn luar ( sbb gas habis)
mungkin kalau petang ni tdak hujan
mungkin si bujang comei ini boleh lepak di tasik hijau
itu saja untuk petang ini
terima kasih kepada semua blogwalking.,..





Friday, April 8, 2011

Suatu Perbandingan

masa sekolah dulu
saya letih untuk mendengar perbandingan ttg akademik dalam kalangan sepupu
telinga saya bukan kuali astro yg menadah pedihnya perbandingan dalam kalangan sepupu
sy bukan hipokrit untuk kata " xpela "..
cukup
semua org memandang suatu perbandingan ptut dipandang pada sudut positif
bagi saya penerimaan manusia berbeza

perbandingan..
buruk cantik
kurang cerdik pintar
ada kje xde kje
bujang kawin
miskin kaya
ada anak xde anak...
ko kolot, d moden
arghhh
saya dh letih dengan pengulangan ayat dalam perbandingan
letih

ok
suatu perbandingan yg positif ok..telan dan analisis..sebab untuk kebaikan
perbandingan yg mcm meriam yg nk meletupkn sistem saraf..membuatkab sy berada dalam kawah gunung berapi.. sakit jiwa ja..
ye...suatu perbanding perlu dlm hidup
tp ..ada batasan dgn seseorang
xperlu suatu perbandingan sehingga menjathkan atau memalukan manusia yg penuh yng kekhilafan
apapon
kt sentiasa cuba memperbaiki diri
dalam perjalan menuju ke destini terakhir
:: mode :: letih ::



Thursday, April 7, 2011

PENAKUT

penakut by Yuna..

apa yg takut
untuk menghadapai masa depan?
menghadapi rasa kecewa?
menghadapi halangan di depan?
menghadapi peperiksaan?
MATI?

ini lagu penakut oleh yuna
d ada pengertian tersendiri
layan...
papai
nite

Saturday, April 2, 2011

Dulu dia pernah cakap

salam
dulu ada sorang kawan saya pernah cakap dlm kelas masa kmi f6
" no women no cry "
mesti angpa semua tahu ni lagu sapa
punya la bergaya dia cakap macam tu
tiada perempuan konon
tp kini....
SEMUA ITU TIDAK BENAR
dah tak bleh pakai statment macam tu,.
sbb dh lama dalam hati dia ada taman...
~ harap dia tak stalker blog sy ~