Wednesday, December 31, 2008

ikhlas KU....

ikhlasku
Bukan perlu ku biar kau tatap
Bukan perlu dipersoalkan
Kerna ikhlasku
Hanya aku dan penciptaku
yang yang lebih mengetahui

Ikhlasku
Tak perlu kau perkotak katikan
Kerna kau dan aku
Bukan selayak untuk menyatakannya
Hanya Dia yang mengetahui ikhlasku
Yang ada disebalik rasa ini

Ikhlasku
Yg ada disudut hati ini
Atas cinta yang mewakili rasa
Bukan kosong
Ternyata ada cahaya
Disebalik apa yang aku sembunyikan
Moga ikhlas ini terpancar
Dan kita sama mensyukuri
Atas rasa ini yang hadir

30 disember 2008
3.49pm

Tuesday, December 30, 2008

MUhARRAm...

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).


Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

ANTARA PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARRAM :-

1 MUharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 MUharram


  1. 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
    Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
    Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
    Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
    Allah menurunkan kitab
    Taurat kepada Nabi Musa.
    Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    Penglihatan
    Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
    Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
    Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
    Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
    Kesalahan
    Nabi Daud diampuni Allah.
    Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
    Hari pertama Allah menciptakan alam.
    Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
    Hari pertama Allah menurunkan
    hujan.
    Allah menjadikan 'Arasy.

    Allah menjadikan
    Luh Mahfuz.
    Allah menjadikan alam.
    Allah menjadikan Malaikat
    Jibril.
    Nabi Isa diangkat ke langit

Monday, December 29, 2008

KAMI d Geng




salam maal hijrah 1430H...sedar x sedar kt tlh berganjak ke thn islam yg baru iaitu 1 muharram. apa azam kita sempena thn baru nie? adakah azam thn lepas terlaksana @ masih x berganjak dan di biarkan luput begitu sj...cam kata raja lawak (NABIL) ...LU PIKIR LA SENDiri..sesama la menginsafi diri..renung2kan dan selamat beramal..hehhehe


salam maal hijrah 1430






sempena cuti umum arinie..KAMI n d geng kuar la...bukan x menghayati kdtgn thn baru hijrah..tp ktorg kuar g cr brg kat MID ma....besa r shopping brg keperluan..memandangkan aku x beli apa lagi..kopak gak r..RM100 juga r melayang..rs cam aku beli cikit jer...x sgka sampai 100 inggt..hahhahah..dah duit pt x msuk lagi ma.....kat mid masih terasa bahang X mas n pkk krismas...apa lagi..tempat dituju lah menjadi sasaran ..dh sememangnya semua kaki bergambar...mmsing x mo jd jurupoto..ek..aku lak yg kn capture pic dorang..hahaha x kisah pon mmg hobi aku...KAMI d geng mmg kaki poto..dgn cara i2 n cara2 yg lain lah mengeratkan persaudaraan sesama kami.....huuuhuuh..dah puas bergambar kami ke carrefour ..apa lagi dok perabis duit ler....apapon..enjoy sepetang di mid valley.....

candid la plak kat MID..tgu santa kut

Sunday, December 28, 2008

NO PRIVACY !!!!!!

ARGHHH.....kegeraman melanda aku....mn x nya, semenjak billik diubahsuai, aku mendapati tiada privacy langsung..pa kes nie...? dulu ader gak almari yg menjadi sempadan antara aku ngan roomate..skrg dh terbuka..bkn x mo mengeratkan silaturahim..sekurang2 nyer kn ler ader tempat persendirian gak....arghhhhhhh..bagaimana harus aku lalui nyer....apapon nmpak nyer kena redha r..sem nie akan lebih mencabar dr sem lepas dgn persekitran bilik yg bru renovate.....arghhhhh..tolong la otomen....

Saturday, December 27, 2008

Abang....

aku ader sorang jer abg, d la body guard aku....beza umo kami 2 tahun jer...msty la aku syg kat d,cz aku hanya d sorang je (abg BF kira title len la.hahhah)..dulu ms kecik d x la rapat sgt..tp sapa buli aku ms kat sekolah msty aku report abg aku..hehehhe. bla dh beso camnie, abg pon dah ader kerjaya..aku rasa sunyi sgt cz abg x selalu ader kat sisi aku n family. tp sekarang abg dah dekat cz tmp keje ngan u aku x la jauh sgt,jd klu ader prob aku cll abg..bla dah beso rasa kamcing la plak....
tah r, mmg dah sedarah n sedaging kan nmnya..msty la aku rndu n syg kat d.aku harap d sentiasa success, dapat wife yg baik n selalu ingt kat family.msty d bangga aku dok puji d dlm blog aku nie..apapon dia adalah antara anugerah terindah dalam hidup aku..THANXS MY BRO.... LUV U ALWAYS...

Friday, December 26, 2008

SELAMAT HARI LAHIR

HARI LAHIRMU ( DEDIKASI BUAT SAHABAT (GIN) SEMPENA HARI LAHIRNYA)
Tarikh itu
Genaplah usiamu
Meniti hari-hari di masa depan
Moga kamu semakin matang

Aku tidak punya apa
Sebagai mewakili kasih
Sempena hari lahirmu
Mewakili digit yang bertambah bagi usiamu

Aku hanya bisa mengutuskan
Rasa kasih yang mewakili nama persahabatan ini
Walau jauh dimata
Aku yakin
Ia dekat dihati


Jangan biar lautan pasifik
Membeda hubungan ini
Kerana
Dunia tanpa sempadan
Di alam maya
Pertemuan tercipta
Dan sememangnya ia tertulis di Azali

Sempena hari lahirmu
Moga kamu sentiasa bahagia
Selalu tersenyum
Aku doakan
Moga kamu bahagia
Atas setiap langkah yang dipilih
Moga kamu selalu diredhaiNya

Ikhlas atas nama persahabatan ini
Ku mohon maaf
Kerana hanya rasa ini
Yang mampu aku kirim
Buatmu
Sempena hari lahirmu……


Thursday, December 25, 2008

borinG Tahap IGUana?

wwawwa..keboringan melanda 5 sahabat di kolej nie.antara mereka yg dilanda keboringan tahap iguana ialah AKU,REHAN,SHIDA, TIKAH N KIROH....jadual ktorg, bgn pagi,,solat,mkn..p practise, mkn tenghari, tido, mkn ptg pas2 malam lepak depan tv... asyik 2 jer ktorg nyer xtvt ktorg sepanjang dtg awai ke klj..wawwawaw..aku boring tahap iguana
arinie x prctise..wah..melepak sakan aku depan laptop nie..layan game n chating...ptg nie nk p jogging kut..mengurangkan kandungan lemak yg ade kat bdn nie (HOOHOHO)

hw about my boy? arghhhhhhh GERAM !!!!

Monday, December 22, 2008

back 2 kampus =(




Semalam 21 dec aku dah sampai kekolej..malas giler kn balik u awai sebegini. namun apakan daya dah join projek kolej ngan mmbr aku,maka kena dtg awai la....kan bes klu waktu sekarang dok melepak kat umah dengan family. x puas menghabiskan masa family. I LUV MY FAMILY nie dok kat hostel ngan mmbr2...asyik mkn, tido ngan prctise tuk festival seni pulak.....wawawawaw


apapon..relax r..bla nk join projek kolej lagi..time nie la nk menimba dan menyedut ilmu serta pengalaman.ok pa..ok la, malas nk tulis byk2..aku dah boring tahap iguana


tatattatata


Sunday, December 14, 2008

result?

TERUK !
semalam result dah kuar, sebenarnya result dah kuar mgu lepas lagi kat fak. ala PGNk aku naik cikit jer..terkecewa la aku ..padan muka aku yang malas belajar..keje tido jer
APA2 PON SEM DEPAN AKAN AKU PASTIKAN pointer aku naik juga..bagi d tinggi sikit....hahahhaha
dah lewat nie..mgu nie busy la..abah nak wat kenduri plak...
sapa nak nikah? wait n see
bye

PENDUSTA

Pendusta

Penipuan apa kah ini
tikaman dari belakang tanpa kusedar
Pedihnya ku rasa
Hingga hilang rasa ini

Inikah kuterima
Tikaman yang kau berikan
Membuat percaya aku hilang
Hilang setiap rasa yang ada antara kita
Kau dalang segalanya
Bertopeng disebalik rahsia dirimu

Kau pendusta
Tusukan berdarah masih kurasa
Inikah perhubungan atas nama ikhlas
Kau pendusta
Kau pembohong
Aku sakit atas sikapmu
Hingga yang tak berdosa jadi mangsa
3 disember 2008
Kedah, Malaysia
11.53 malam