Monday, July 8, 2013

selamat berpuasa

rabu ni umat islam akan mula berpuasa
seperti biasa apabila tiba ramadhan
makanya bulan penuh pengampuan..
bulan untk melipat gandakan amal ibadat
dan melakukan kebaikan

apa sahaja perbuatan yang baik di bulan mulia ini akan berlipat ganda pahala
sebagai hamba
sama-samalah merebut peluang yang datang setahun sekali
untuk  kita meningkatkan amal ibdat dan melakukan kebaikan  sesama manusia.

apakah mahu  menghadapi ramadhan ini pada laras yg lama
tepuk dada tanya iman
semoga diberkati Allah sepanjang menjalani ibadah puasa nnt

buat semua geng

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
semoga amal ibadat kita diterima  Allah .amin


Kau bukan dia...

kamu mungkin pernah stalker  laman sosial  dan apa sahaja berkaitan dgn  gf/bf ex kmu
dan menjumpai ayat2/barang  lama ketika mereka masih bersama
dan apa yang dirasakan ialah sakit

kemudia kamu cuba untuk  menjadi seperti dia
maksud di sini ialah kamu meniru cara berpakaian ( bekas kekasih gf/bf), dan apa sahaja untuk menarik perhatian si dia
 sedar beb !
itu masa lalu   dia
sebenarnya kamu harus jadi diri sendiri
bukan orang lain

percayalah setiap orang ada kelebihan tersendiri
cantik atau tak,
gemuk atau keding
biar dia menerima kamu apa adanya..
kamu sendiri akan sakit untuk menjadi orang lain demi meraih kasih nya?

jika dia benar sayangkan kamu
dia akan menerima kamu
dan melengkapkan kekurangan kamu
itu yang selayaknya

untuk mengelakan rasa sakit hati
janganlah g stalker apa2 yang lepas
kala dia menceritakan tentang masa lalunya
bertabahlah

kadang rasa  sakit kini
kemudian kelak Dia balas dengan rasa yang lebih tenang
apa yang berlaku biarlah
kau tak perlu jadi orang lain
Kau bukan Dia

tenang sahaja dan tdurlah dengan damai,
moga esok masih tenang dan cerah
dan jika langkah ini bukan di haluan yang benar,
kau akan tahu di mana patut kau mulakan semula
kita hanya insan biasa yang  punya semua rasa .







Friday, July 5, 2013

teksi !!!!

hellooo
penat menunggu teksi hampir 1 jam 1 1/2
15 minit pertama bleh tersenyum sabar
sambil muka  steady diperasap  asap-asap kenderaan..

1/2 jam pertama...
woiiiii...ko men potong line..
mmg x aci...
masa ni rasa macam   mau fire je manusia-manusia yang tak tahu bertimbang rasa
mana hilang pankreas dan semua rasa..
orang beratur beb!
sesuka jiwa men  potong

masa-masa camni la rasa mmg nk  ada kereta sebijik
tapi kena menghadap jem juga
KL bila mau tenang tanpa kenderaan
acap kali aku lena sehingga smpai  ke rumah

sabar je lah
ragam manusia
ragam pemandu teksi
dan segala ragam di jalan raya
silap hr bulan
mmg true calour ko mmg nmpk la time nk memaki org masa tgh jem
relax2
dugaannnnnnn
tunggu la aku beli jazz sebijik,...aishhhh


Thursday, July 4, 2013

Lelah


kadang aku terlalu penat
lelah
dengan setiap langkah
lantas aku  memilih untuk terus menulis tentang segala rasa

kadang diri penuh emosi, marah, kesalan, keluhan..
kadang terlalu lelah
dan sangat lelah

kadang suara bukan penyudah jalan cerita
ku mampu luahkan dengan jemariku terus menari..
aku tulis semua yang kurasa
dan puas...

aku bebas menyata disebalik hati yang selirat
aku  harus melangkah
dan jemariku terus menari
dan menari hingga ia puas ...

tersenyumlah
hingga semua lelah hilang...

aku masih  di sini lagi...