Sunday, April 13, 2014

Jangan lari, Hadap dan Hadam


salam,

hye semua.. ( bajet macam ramai yg follow blog aku )
lama giler rasanya tak mengupdate atau merepek kat sini
seriusnya aku rindu  hendak merepek kat sini, tapi laptop pon perlu rawatan serta tuntutan kerja baru,
makanya aku lebih banyak tertumpu ke tugas hakiki aku iaitu mengajar
fuh...kerja baru mencabar
tapi seronok melayan kerenah budak-budak ni
yela...ko keje dengan orang banyak benda akan terlibat dalam hidup ko..
ko mengajar dengan budak, marah  depa tak buat keje sekolah, marah dorang nakal tak dengar cakap,
setakat haritu saja,
esok-esok diaorang datang sekolah..
diorang senyum gembira..tiada dendam dan perasaan macam orang dewasa

sampai tahap budak nakal tak dengar cakap dan aku sangat lelah,
aku  berharap jalan ini merupakan jalan aku pilih untuk tukar kerjaya
dan berharap ada hikmah segalanya...
tipula kalau aku tak cakap, aku tak bermonolog dengan diri bila bertukar kerjaya,
tapi ini jalan yang aku mahu
aku tetap hadap dan hadam
aku takkan lari...

ada sesetengah benda kita rasa itu ini tidak kena dengan kita
dan kadang kita lupa Dia dah tulis dengan baik kisah hidup kita
apa lagi mau  kita merungut untuk tayang pada semua lelah kita
tabahkan hati, teruskan langkah,
Dia dah tulis sebaiknya..
InsyaAllah...Dia tahu, Dia Maha Pengasih lagi Penyayang

ok..nnti aku merepek lagi...