Tuesday, September 24, 2013

PTPTN : rebutlah peluang 20 % sehingga akhir September 2013 !!!


anda peminjam PTPTN?
nak bayar secara lump sum?
potongan 20 % akan berakhir pada hujung bulan ini.
berdasarkan pemerhatian minggu lalu cawangan PTPTN di KL  Sentral penuh sesak dengan peminjam yang ingin  merebut potongan 20 % bagi bayaran lump sum.
untuk mengurangkan kesesakan banyak cawangan PTPTN yang dibuka hingga jam 6 petang pada hari sabtu & ahad.

bagi peminjam yang ingin membuat permohonan pertukaran ujrah (1%). permohonan boleh dibuat samaada secara online atau datang terus ke kaunter PTPTN yang terdapat di negeri masing-masing serta di UTC.

sebenarnya penting untuk semua peminjam mengemaskini maklumat terkini mereka seperti alamat dan no talipon masing-masing.

website ujrah : http://www.ptptn.gov.my/index-ujrah.html
semakan pengawai yang mengurus pinjaman :  http://eform.ptptn.gov.my/ptj/semakan-ptj.cfm
borang-borang yang boleh dimuat turun : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

mohon untuk rujuk website  rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung  untuk sebarang perkembangan dan semua hal berkaitan dengan pinjam anda..

mungkin setengah orang tidak berpuas hati dan mahu menghapuskan PTPTN. tapi cuba fikir,  kalau dahulu korang tak pinjam ..adakah korang akan berjaya mengharungi musim pembelajaran ???
mohon rasa tanggungjawab ada dalam diri kita untuk membayar  untuk kesenangan generasi  baru..

siapa yang dulu...Jodoh Dia


minggu ini bakal pulang ke kampung lagi..adik akan melangsungkan pertunangan dan akan bernikah pada raya cina nnt.2 minggu lepas  mak bertanya sekali lagi samaada aku berkawan serius atau main-main. selalu jawapan yang sempoi aku bagi,..nnt ada calon menantu mak aku akan bw balik menghadap mak abah....

sebenarnya mak xla push aku suh menikah memandangkan adik yg akan nikah dulu. tapi mungkin dia risau aku yang tak pernah nak serius dengan hubungan. hahahaha..ini aku nk gelak guling...bukan tak pernah serius la mak...mungkin tak ada jodoh lagi. rasanya hati aku dh pernah cuci ngn Dettlo...lalalallala

selalu menjadi isu dalam kalangan mak sedara aku ialah langkah bendul...ala..aku relax je pon.dah jodoh adik.  bagi lah adik nikah dulu.sekarang bukan zaman dalu, kakak tak boleh langkah bendul. bising mak sedara aku, katakanya takut jodoh aku lambat sebab adik yang nikah dlu.lepas tu  nk sepersalinan tuk tunang lagi...alahai..apa la nk bagai dengan persalinan..memudahkan adam dan hawa membina masjid kan lagi utama :).  aku anggap sebagai positif teguran sedara mara.

ada jodoh insyALlah aku nikah.sekarang ni akak bagi la settle hal adik dulu...serius aku sangat risaukan adik aku yang ke 3 ni..berharap sangat lelaki yang dia sayang dapat jaga dia dengan baik. dari zaman sekolah pon, aku berharap kalau adik sama sekolah dengan aku..aku xnak dia alami zaman aku bergelar junior...

doaku..itu jodoh adik..
insYAllah dia lelaki yang baik
mampu membawa adik ke jannah
menerima kelebihan dan kekurangan adik
menyanyangi adik apa adanya...
semoga  Allah mempermudahkan segalanya..
Amin..

Wednesday, September 18, 2013

Karma


aku lihat karma itu tak pernah menipu,
seperti mana kau lakukan padaku,
aku  masih tersenyum dan ikhlas menjadi sahabatmu,
walau pernah satu ketika dulu kau sangat hebat menikam aku
dari setiap sisi,
kau tikam
perlahan-lahan kau cuci tangan
kemudian menerpa aku dengan pelukan dan senyuman..

aku bukan tak pernah tahu permainan yang kau mulakan
cuma aku jenis yang malas untuk membunuh dirikau semula,
bukanlah bermaksud aku terlalu baik,
cuma aku ingin melihat kelicikan  menawan keadaan dan menjatuhkan orang dihadapan kau,
dan aku juga malas nk memikirkan perangai budak 7 tahun

kini
aku tak pernah meminta karma itu kembali
kau ditikam kawan-kawan kau sendiri
aku cuma paham KARMA
seperti mana kau menikam aku dahulu
mereka sudah bijak membaca permainan kau

aku seperti biasa
tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa
pada saat aku merasakan parut itu seakan berdenyut kembali
sebenarnya
itu ujian buatku
melihat sejauh mana kau akan kenal erti ikhlas dalam persahabatan





Sunday, September 1, 2013

menangis

Menangis

Terpendam suatu rasa yang tak bisa kau luahan.
Kepenatan menahan segala rasa hingga kau dimatikn..
Untuk lapangkan segala perasaan yang membuku di jiwa
Aku biarkan air mata ini tumpah
Biar aku tenang
Biar aku nikmati erti sebenar
Menangislah sayang
Kau bukan lemah