Thursday, December 15, 2011

Apa maknanya..:)



Kalau dia tak berusaha tu maknanya you're not that special..

sekian untuk ini



lama tidak mengupdate kerana sibuk untuk memastikan tahun depan grad dengan


scroll kuning

hye kawan2 :)


Thursday, November 24, 2011

Kumbang Bukan Seekor

hye kumbang..
kat dunia ni mcm2 jenis kumbang kn.
macam2 jenis bunga
wangi, tak wangi..berwarna warni ...

kumbang dan bunga
itu kisah dulu..
waktu kumbang mengintai bunga kesayangannya,,
waktu kumbang mampu tahu wanginya bunganya
waktu kumbang selalu melawati taman bunganya..

dan kisah kini
kumbang seakan hilang derianya
lupa lokasi taman bunga kesayangannya
dan membiarkan hanya mentari menyinari bunganya

kumbang
sudah letih bunga tulipmu di sini
terbanglah...
ke mana saja kamu suka
si tulip sudah letih untuk memasang radar
si tulip kehilangan tangan untuk menyembur wanginya...
semua tetap dingin

kumbang
terbang sejauh mana kau mahu
tiada lagi halangan mahupun paksaan..
cuma berharap kau bahagia dengan kitaran hidupmu...
kerana ku yakin
KUmbang Bukan Seekor..
terbanglah dengan bahagia...

Tuesday, November 22, 2011

MALAYSIA Juara bola sepak SUKan Sea 2011



Tahniah buat skuad Harimau Malaya
berdebar2 menanti keputusan hingga jam yang terakhir
diakui bahawa indonesia banyak melakukan serangan
namun Malaysia tetap bertahan dan menyerang dgn baik walaupun terlepas bbrpa peluang yang membuat jeritan bergema di mana2.
semangat MAlaysia boleh yang berkobar
begitu juga semangat bola saya dan kwn2
mau sampai patah kerusi dan bergema 1 kolej kami bersorak setiap kali bola melepasi gawang
selamat pengetua xmai..kalau x...hahhaa
buat semua pemain tahniah..
buat apek terima kasih jaga gawang gol..
wat encik yang sepak penalti terakhir..HEbat
SEMua PEMAIN JG HEbat
terus la MEngaum HARIMAU MALAYA
kembalikan kegemilangan bola sepak kita..
tahniah wat SEmua..
tido lena ~ MENANG~

bola itu bulat
hehehhe

Saturday, November 19, 2011

Sendiri

BUnga Yang SendIrIAn



bila insomia begini la jadinya
ada saja yang jadi model...
masih banyak keje yang belum settle
dengan azam yang 1
SIAPKAN DENGAN BAIK
thn depan pastikan scroll kuning dijulang...
Oh..malam masih muda
mataku bulat walaupon sepet
dan...
perut dah mula berkeroncong
wat koje la cik adik :)


Friday, November 11, 2011

Pilihan



Jika melupakan merupakan pilihan yang terbaik, lakukanlah.

Namun, jika hal itu dipandang sangat berharga, simpanlah.

Mengingat dan melupakan pada hakikatnya merupakan dua pilihan

yang sama-sama sulit.

Friday, November 4, 2011

keputusan Anugerah Skrin 2011

Jom lihat keputusan penuh para pemenang Anugerah Skrin 2

Tema ‘Golden Glamour’

Kategori Drama

  1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
  10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd

Kategori Filem

  1. 1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee

Kategori Penerbitan Dalaman

  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.

Anugerah Khas

  1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’
(Sumber : Oh Bulan )

Tahniah buat semua pemenang...
keseluruhan anugerah skrin pada tahun ni ok la...
part persembahan yg last boleh tahan...
tentang gandingan Ally dan Rozita...korang leh komen sendiri...
Semoga thn depan lebih cool dan sempoi...

Kamu



selain dr bola

bdmnton

kereta

politik

jog

cendol pulut double

bubur gandum


apa lagi awak suka..

u never text me or call me anymore,but u still remember rite?:)


Tuesday, November 1, 2011

~sudah-sudah la..~

semalam saya sukar mencari ikhlas dihatinya
maaf..maaf dan maaf
selepas kepercayaan saya ditikam
kadangkala sangsi menjadi penghuni
sangat bahaya berkawan dengan kesangsian..tapi adakalanya perlu

entahlah
menempuh penghujung 2011 semakin mencabar dalam hidup
saya terus tersenyum dan bahagia menempuh hidup
mak kata
"kita kena bersyukur dengan nikmat dan kehidupan kurniaan Allah
jika kt rasa susah, percayalah, sebenarnya ada orang yang lebih susah dan menderita dari apa yang kita alami, namun mereka masih sabar dan redha..."

kadang-kadang lelah selalu menjuarai rasa
namun saya takkan pernah kalah
teruskan saja perjalanan ini
suka duka
perkara biasa
tenang saja dan tersenyum
dan mungkin itu bisa merawat dan memaafkan segalanya...
amin...

Sunday, October 30, 2011

iTu kami sUka

ahahaa...i tibai pepsi dlu..wakakakaka
Sedap kn.. :)

Kirah: Ayunni Atikah


itu kisah kami
dah lama bersama sejak degree hingga skrg..
penat stdy kdg2 ilang tgk muka2 depa...
masing2 punya perangai masing..myb kami sekapla...
semua benda bleh wat sekali...
kadang2 haru biru..
impian kmi untuk habiskan kertas penyelidikan dan naik ambik scroll " kuning" sekali lagi..
kami suka makan...tgk..KAMI DAN KFC
sedap kn !!!
kmi mkn smpai licin..lapo bebenor ye!
bg sy..
kawan ketawa mmg byk
kawan nangis..payah nk dpt
hargailah...

note : bila duit lebat mau makan ikan siakap pula dengan mereka bertiga..i like...


Saturday, October 15, 2011

Teruskan saja

aku mula merasakan tekanan kala harus mengedit bab 2 yang harus ku hantar minggu depan,
minggu depan baru perbentangan kertas penyelidikan,
yeha...get ready minda dan telinga

sorang prof ada tnya
" kamu wat kerja lapangan ke kajian perpustakaan ?"
" lapangan la prof, sbb sy kaji masyarakat, "
" dah tak sempat wat keje lapangan, nanti tak siap kertas penyelidikan kamu "
aku cuma bulatkan mataku yang sepet..senyum

senior aku juga ulang ayat yang sama
" buat kerja lapangan dah tak sempat,
berapa responden ko nak pakai,
nnt, ko kena pertikai..data berkualiti ke?
cukup ke? tambah lagi responden"

apa aku harus katakan
hidup mati kertas penyelidikan harus aku htr sebelum 20.1.2011
tolong jgn aku beraja dan menjadi lalang dengan kata2 kalian
sebab aku dah berlari sejauh ini
aku takkan kalah lagi setelah banyak luka dan parut ku dapat
peta sudah aku lakar
teruskan
kata kata mereka
api pembakar
ambik sudut positif
aku akan terus berlari
menyempurnakan apa yang aku mulai
dan terus berlari sambil menikmati hidup
indah :)


Friday, October 14, 2011

OOoooooo

td saya tergesa-gesa nk pulangkan buku yang dipinjam..
abg pustakawan tu kata " JUMAAT 9.30 kena htr, rujuk slip buku tu "
maklumlah " buku dlm simpanan" , klu lewat sejam kena 5kupang...
aishhh libry UM...klu aku lewat 24 jam...mau parah kena bayar denda
masa di kaunter

saya : " renew semula pas bayar denda erk"
abg pustakawan : " ehhh...xyah denda, renew je "
saya : " ehhhh...kn dh lewat ni...skrg kul 11 pagi, harini Jumaat kn, htr sebelum 9.30 pagi?" (muka blur)
abg pustakawan : "mmg Jumaat pon..hantar sebelum 9.30 mlm..maksudnya sebelum libry tutup"
saya : " OOooooo.....terima kasih... "berlalu sambil senyum kambing...

dalam hati terpikir...napelah aku tak tgk slip buku tu...




Monday, October 10, 2011

fenomena bulan..cantik kan..:)


saya memang cik pungguk yang rindukan bulan
tadi semua orang kecoh2 tentang kecantikan bulan yang agak luarbiasa pada mlm ini
rasanya nak saja lihat dengan mata sepet ini, baru puas
dan...
ya..
puas menatap kecantikan bulan
keindahan dan kebesaran ciptaan Allah
bukan saja cantik pada malam ini
malah..
sebelum, kini dan masa akan datang
bulan tetap cantik
lepas lihat keindahan bulan yang menjadi bualan ramai
sy pon masuk ke bilik ...
oh bulan...( melalak lagu Yuna)
nite semua




pic ni saya ambik drpd link kwn2..

Sunday, October 9, 2011

ikan darat

hujan masih lebat ,
saya masih memerah idea untuk menyiapkan draf bab 2 untuk kertas penyelidikan saya...
HUJAN
abah suka hujan
sebab esok d pasti akan pergi menjala ikan atau menahan pukat
dan kalau bernasib baik pulang dgn ikan-ikannya..
ikan darat
sesetengah orang tak makan ikan darat
puyu, sepat, ikan laquid paper ( sy xtaw nama ikan tersebut) dll
hanyir sangat kan?
sebab tu mak pesan..basuh bersih2, akhir sekali selawat
dulu mak yang siang sorang
kemudian saya dan adik ambik alih
sedap la ikan darat
mungkin selera orang kampung macam saya mmg begitu
ikan sepat sedap klu wat sambal garing2
ikan puyu plak klu masak gulai + timun ..ada pu;ak sambal belacan...mau menambah 2-3 pggn...
mungkin d kedah juga hujan
esok pagi-pagi mau telepon abah
mesti dapat ikan darat :)
pulang tersenyum la ayahanda saya :)

Thursday, October 6, 2011

gadis tanpa payung



harini sengaja saya mandi hujan..
sebenarnya saya tahu akibatnya jika saya mandi hujan
pasti kepala berdenyut-denyut dan demam pasti menjelma
dah lama tak menikmati mandi hujan sejak saya dewasa
jelingan mak menerpa dalam ingatan saya
hujan asid...
tidak hebat langsung untuk kesihatan dan kulit
sengaja saya mandi hujan harini
sambil menunggu bas dan dalam kebasahan kena hujan
saya menikmati alam dan memerhati kerenah manusia
pemerhati
saya juga diperhati
gadis tanpa payung dalam hujan menanti bas
untuk menghantar dirinya pulang
saya kebasahan dalam hujan
bagi saya
hujan penuh pengertian
tentang rezeki, perasaan dan penghayatan...
hujan terus mencium bumi lewat malam ini
dan tidur diulit mimpi indah
malam..

Friday, September 23, 2011

Hilang

manusia mmg akan berubah
mungkin saya
mungkin juga awk
tiba-tiba
saya rasa awak dan saya bagai utarid dengan pluto
jauh
mungkin saya yang merasa begitu
mungkin biasa bagi awk


mungkin mainan perasaan begini
kerana
awak yang selalu mendengar rintihan saya
menerima sapaan sang mentari dan bulan
xmengapa
saya tetap memahami awk
cuma
terima kasih mendengar segala repekan
dan mungkin ia akan hilang
hilang
dan awak mungkin takkan sedari
terima kasih awak...

Wednesday, September 21, 2011

beratnya langkah kaki

salam
terasa berat langkah kaki ini..esok harus pulang ke kuala lumpur untuk meneruskan baki 1 semester yang ada. jujurnya feel aku belum bertunas lagi.. yang pasti lepas ni kena menghadap penyelia aku untuk kertas penyelidikan..turun ke lapangan, berkampung di perpustakaan, sebahagian daripada kehidupan aku sebagai pelajar. apapon aku enjoy menjalani kehidupan ini
belajar erti bersyukur dan redha..yg penting kena usaha dan tawakal ye cik kek coklat

ohhh
sepanjang cuti semester banyak perkara yang dilalui
mengajar aku ttg erti ketabahan, kejujuran, keikhlasan redha dan menerima ketentuan
diriku belajar daripada kesilapan, erti memaafkan..walaupun saya sedar ada hati yg menjauh..
maaf sy cuma manusia biasa yang bukannya maksum
terima kasih atas sokongan rakan yg di dunia maya dan realiti
sgt menghargai

berhenti merungut
bersyukur atas setiap nikmatNYa...
ya...TEruskan hidup
perjalanan ku ini masih jauh
amin
selamat malam semua blogger :)
esok KL menanti diriku..





Tuesday, September 13, 2011

Diam

harini ada sedikit amarah dihati
seboleh-bolehnya sy cuba untuk bersabar dan berfikiran positif
diam itu lebih baik drpd memekak mcm orang hilang kewarasan
adakalanya
bersendirian itu lebih baik
bila amarah reda
keluarlah dr kepompong bisu..
kembali seperti biasa..
entah..
jarang bagi saya untuk marah untuk tempoh yang lama
mungkin sy jenis yang mudah sejuk
tp
adakalanya
emosi mengatasi kesejukan tersebut..
sebolehnya mahu saja simbah amarah dengan air sejuk
biar reda...
ada sisi positif yang harus dibaca
senyumlah...
baru nampak muda...
apa yang berlalu, biarlah..
jalan masih jauh...

Thursday, September 8, 2011

arsenal


Arsenal v Swansea

Barclays Premier League

Saturday, September 10, 2011


tersungkur tak bererti jatuh

lawan-lawan dan lawan...

dh ada player baru

harap-harap musim ni bersinar dgn gandingan pemain-pemain baru..
aiyakkkkkk


Wednesday, September 7, 2011

kembali

salam
minggu depan gadis dan bagasinya harus pulang ke kuala lumpur
rumah keduanya setelah sekian lama
ada 1 semester yang perlu dihabiskan
dan rasanya semester ini menuntut kesungguhan yang lebih untuk menulis , turun ke lapangan dan berkampung di perpustakaan...
satu sem lagi....
ngenegenegegee...
kuatkah dirinya...
tahun depan harus konvo...
harus berjuang
ya..pahlawan jangan mudah mengalah walau selalu kalah
semoga perjalan ini sebahagian dr ceritera kehidupan yang penuh cerita yang harus dilalui olehnya
aminnn

Saturday, September 3, 2011

wartawan malaysia meninggal kena tembak kat somalia.

Al-Fatihah - Takziah kepada keluarga Jurukamera BernamaTV Noramfaizul bin Mohd Nor


takziah wat keluarga Allahyarham
aku pon buka tv n internet lambat td..
buka je internet berderet blogger len dh update sal berita ni

misi keamanan dijangka pulang lebih awal

ni sumber dr encik METRO Online:

kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) ketika mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.


Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, terbunuh

seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut dilaporkan cedera di tangan

53 lagi anggota misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia termasuk petugas media bagaimanapun terselamat dalam serangan itu dan mereka kini dalam proses pemindahan ke lokasi selamat

Al-fatihah...


Friday, September 2, 2011

aku bukan bola

bola
sepak sana
sepak sini
sampai gol
dan kamu teriak hingga lompat2
dan itu buat kamu bahagia

bola
sepak sana
sepak sini
matlamatnya menuju sasaran
dan itulah tanda kemenagan


sila ambil perhatian
aku bukan bola
yang suka jiwa kau sepak sana
sepak sini
sebab
aku manusia yang ada perasaan
yang bukan untuk disepak sana sini
sekian repekan malam


Saturday, August 27, 2011

SELAMAT HARI RAYA

selamat hari raya
buat semua blogger dan masyarakat dalam dunia cyber
maaf zahir dan batin
semoga dengan kehadiran syawal ini dapat mentransformasikan diri kita ke arah yang lebih baik
bagi yg memandu...berhati-hati di jalan raya
papai

Wednesday, August 17, 2011

selamat hari lahir Mak

17.8.1961
50 tahun lepas mak dilahirkan
harini genap usia mak 50 tahun
selamat hari mak
banyak yang mak korbankn untuk membesarkan sy dan adik beradik yg lain
banyak yg mak sumbangkan
banyak yang mak korbankan..
xterbalas untuk kak katakan
semoga mak terus sihat, bahagia dan sentiasa mendapat rahmatNya..
selamat hari lahir mak
nnt kita pow abah ye..makan2..
sayang mak

Thursday, August 11, 2011

NikmatYa

mentari menyinari bumi
sang burung riang berkicau
lantas untuk apa meratapi nasib
sedangkan nikmat yang diberikan olehNya cukup hebat

Dia telah mencipta Takdir
yang lebih tau apa yang kutahu
Redha itu indah
pergilah keluh kesah
hapuslah air mata
kerana banyak bahagia

untuk apa meratapi dunia
sedangkan ia sementara
ada tulisan-tulisan bahagia menanti di depan
teruskan berjalan
lorong-lorong cahaya tak pernah suram
selagi yakin akan ketentuanNya..

Tuesday, August 9, 2011

Kau pergi...


salam semua
selamat menjalani ibadah puasa
sebentar tadi sempat merewang ke beberapa blog yang beberapa bulan tidak dikunjungi
dan agak membuatkan sy terkesima sebentar
pemergian blogger tersebut
Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner http://telordibasuh.blogspot.com/)
cara penulisan yang santai dan info yang menarik telah merantai saya ke blog beliau
itu janji Pencipta, setiap yang hidup akan kembali kepadaNYa...
sebagai hambaNya , kita harus Redha dan meneruskan perjalanan sebagai hamba
Al-Fatihah wat keluarga,,selepas bbrpa bulan baru sy sedar beliau telah pergi
semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman,,
amin




Friday, August 5, 2011

Jalan

berdiri di jalan terakhir
jalan mati
dan tangan-tangan menarikku
teragak-agak kaki ingin melangkah
menghela kepenatan yang tak terucap
ucapan kata-kata yang bertindih
menyemakan ruang-ruang otak
arteri dan vena semakin sesak
berhenti
berpaling
masih banyak jalan bahagia
pulanglah...
jalan bahagia tetap menanti


Tuesday, August 2, 2011

Hidup tentang sebuah perjalanan menuju abadi

hidup tentang sebuah perjalanan menuju abadi
sebagai manusia yang bukan maksum seperti nabi,
kita tak terlepas daripada melakukan dosa.
Samada kita sedar atau tak, kita sedang melakukan dosa kecil mahupon dosa besar.
Perjalanan sebagai mukmin sungguh mencabar,
ditambah dengan godaan syaitan durjana
menjadikan perjalanan sebegini jauh sesuatu yang berliku.
kekuatan iman menjadi benteng menghindari liku-liku dunia

Hidup tentang sebuah perjalanan menuju abadi
adakala diri ini rapuh menurut syariatMU
dan sering membiarkan kemenangan dan sorakan syaitan-syaitan yang bahagia
Tuhan, tersasar aku di jalan MU dalam menuju abadi
hanya sujud dan taubat yang mendekatkan diriku kepadaMU
membasahkan bibir dengan kalamMU
mendekatkan jiwa dengan Mu
bentangkan lah seluas2nya pintu taubat seperti yang Engkau janjikan
untuk aku menjadi mukmim dalam perjalanan bertemu denganMU..

amin...



Tuesday, July 26, 2011

kutinggalkan malam

di saat semua sunyi
sendirian dipeluk malam
khayal dibelai dingin
malam semakin larut

selamat malam bulan yg indah
selamat malam bintang yg bersinar
selamat malam sang pungguk
selamat malam kasih

kutinggalkan malam
esok pasti hadir lagi
dalam menempuh perjalanan
sebagai khalif di bumi yang mencabar

saparina yaakub
12.23 mlm
26 julai 2011

Sunday, July 24, 2011

kau tahu hati wanita

kau tahu hati wanita
suara yang tak terdengar
saat dia tahu kau punya cinta hati lain
dia tetap memberi peluang
agar kekasihnya tahu
manusia bukannya sempurna
dan kau tetap sama dengan alasan
sibuk dan penat

berlarilah kamu dengan seribu cerita
berlari dengan segala pembohongan
disaat kau membohongi
dan hati kecil wanita ini menangis
kerana hancur lebur kecintaanya
dan kau masih membutakan mata hati
terus melukan hati wanita ini
kau tahukah hati wanita ini?


saat wanita ini benar-benar mahu pergi
mungkin itu yang kau mahu
dan dengan lelahnya
wanita ini melepaskan cinta dari sisi hidupnya
saat kau tidak menghargi hatinya yang tulus
dan wanita ini benar-benar mahu pergi
pergi bersama cintanya yang dikhianati
oleh semua bayang yang dicipta kekasih hatinya...

saparina yaakub
sg petani, kedah
9.46 mlm
24julai 2011

Thursday, July 21, 2011

mak dan duriannya..


pernah korang rasa feel yg hebat makan durian yg sedap..
entah la...
pernah sekali ku rasakan feel mkn durian yg arwah tok wan beli
skrg pon byk je durian yg dijual...
tp feel x sama kn?
mak sgt mencintai durian
dan selalunya abah setia untuk membelikan durian
sebab mak mengaku d x pakar memilih durian
abah saya hebat kn? hehehhe
mggu lepas kami sekeluarga dah memborong durian, dan mak sempat menanak pulut, wat bubur durian dll :)
td masa perjalan pulang dari pendang
mak tersenyum lebar
abah tetap setia memberhentikan kereta dan memilih durian kesukaan mak
abah sayang mak kn :)
harini kita makan durian kg ye..sedap
freshhhh
moga malam ni saya x panas badan
selamat malam semua

Tuesday, July 19, 2011

berlari

berlari
jauh meninggalkan segala rasa
aku sangat penat
menempuhi jalan-jalan ini

berlari
dan terus jauh berlari
adakalanya tersungkur
dengan penafian kebenaran
tentang rasa ini

naratif apa lg harus kukarang
klise apa lg harus kupamerkan
metafora rasa ini terlalu dalam
dan
biarkan aku terus berlari

Juvana- cikgu Daim-


Salam semua..lama xberblog
td sangat teruja untuk menyaksikan episod akhir drama JUvana di Tv3
untuk menyaksikan Daim dan kengkawan...
bagi sy ending yang baik
mungkin kita patut ubah perspesi terhadap2 bdak2 yg terlibat dalam kes juvana
manusia tak sempurna
semua org boleh berubah ke arah yang baik
sebagai masyarakat jangan asyik menyalahkan, knp kt x membantu orang2 cmni..
sekurang2 bg dorng semangat tuk teruskan kehidupan
apapon...
BEST sgt drama ni

masa part kat pintu gate...nmpak daim cam cergas walaupon dh ilang byk darah..hehehhe
oh daim n d geng...
KEDAH xdak dlm pic ni...
selepas 10 thn...
daim jd cikgu
botak jd peninju asia...
:)

Friday, July 1, 2011

job fair 2011

1-3 julai 2011
IKM sungai petani

hye semua
td g job fair
sambil jalan mencuci mta
macam-macam ragam pencari kerja
dengan file2
muka-muka yg excited
semua satu tujuan
- KERJA -


Saturday, June 25, 2011

sebaris kata

sebaris kata sudah cukup membuatkan sy berfikir 2 kli
dan berkali- kali
sudah beberapa kali sebaris kata-kata tersebut diungkap oleh nya
sudah jauh sy berjalan
sudah banyak halangan saya tempuhi
cuma penegasan sebaris kata-kata membuat hati saya mula terdetik
terdetik untuk saya menganalisis sebaris kata yang keluar dari bibirnya
apa yang tersirat
haruskah berdiri seperti patung
atau menjadi manusia yang membodohkan perasaan
atau mmbiarkan perasaan diperbodohkan
kerana perjalanan menuju ke hadapan masih jauh
masih banyak kisah dan jalan cerita menanti
masih byk duri-duri yang menyebabkan darah takkan berhenti mengalir
peluh xberhenti meleleh
saya dh penat untuk semua ini...
teruskan perjalan dengan ketabahan ini...
oh...suara hati

Friday, June 24, 2011

rumah saya best

kata orang ...
kecik-kecik atau buruk, umh sendiri lebih selesa berbanding duk di rumah orang ..
sy setuju sgt ngn ayat ni...
umah sendiri lebih selesa kan..
teratak kmi kecik ja..umh tmn biasa
itulah syurga kmi
sederhana
tp senang mak abah sy nk memantau
xpayah jauh2 mak nk kejar klu sy wat perangai...
senang mak nk menjeling bila sy lwtkn solat
tetap riuh ngn kehadiran sedara mara
sebab apa sy suka rumah sy
sebab ia BEST
:)

Wednesday, June 15, 2011

tapau

salam semua
ni entry sal zmn dak sekolah..
ye la...sejak sekolah lg sy mmg suka menapau bekal mknn dr umah,
duit belanja yg mak bg..leh simpan..kaya den..
ok .masa sekolah teknik plak..me n d geng plak menapau mknn dr dewan mkn pada hr tertntn sj
mesty hari menu yg sedap sj, bkn x bersyukur..realiti mmg x sodap kn..bek angpa dak2 yg sama batch ngn i mengaku je..xsedap kn
klu xsilap hari selasa atau khmis ada menu ns lemak
GOOD !!!
TAPAU
STRATEGI...
untuk mengelakan berlaku kesesakan ngn dak2 lain..
1. tiba seawal mungkin ke dewan mkn ( sllunya geng kmi pling aawal )
2. jgn lupa bw tuppaware setiap org
3.bl abik ns lemak..bw sorang 2 pinggan
4.1 pinggn mkn, 1 lg tapau
5. klu kak dewan mkn tnya..wat dek je,,
6. time rehat leh begumbira gila kenyang...
~ hahahha..terbaik kn cara nk jimat duit. klu dok umh tapau la bekal yg mak msak...~
~ oh my geng masa sek teknik, bahagia kn kt ms tu,~
~pastu mata pon nmpak bntal kat hostel~
terbaik
banyak lg kisah kenakalan zmn sekolah
semua yg xdpt diulangi kembali


Tuesday, June 7, 2011

tunang orang



hye semua
lama x on9
ni kisah teman baik sy yg telah menjdi milik orang
alhamdulilah.berpeluang berada pada hari bersejarah bagi dirinya
maklumlah percintaan yang menghampiri tahun ke 5 diakhiri dengan ikatan pertunangan
beberapa teman rapat turut hadir pada hari bersejarah
maka..kami semua berkampung di kampung tualang, kedah
menarik lagi tertarik
kepada kirah dan Lan
semoga bahagia


Friday, June 3, 2011

KAU AKU

kau aku
aku kau
tu ja nk bgtaw
cik adrina kembali berblog
holaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, May 9, 2011

Bukan untuk aku

Tadi jumpa Noty kat masjid jamek
bru balik dr intebiu keje
aku pon dengan muka seposen kata
"kalau ada kosong bgtaw la, sem depan kelas aku 1 je..bertambah la lemak kalau aku dok memerap kat umah"
sedang enak bershopping Noty call bgtaw ada 1 kosong dan d offer kat aku
blurpppp
mana sempat nk masuk kje esok
bagasi aku dh pos kat umh
lgpon esok mmg nk pulang ke kg
xpela...
bukan rezeki aku kot
sempat pesan lagi
klu ada double kekosongan bgtaw la i NOty...hahhaahhaa
dalam hati : alahai si gadis
dugaan......
mungkin rezeki tu bukan untuk aku lg
masa akan datang, InsYAllah, berusaha lebih lagi untuk dapatkan...

KEJE OH KEJE

Sunday, May 8, 2011

jika esok tiada lagi..


esok
bolehkah kita makan ice cream bersama-sama lagi
bermain layang-layang di tepian pantai
menikmati kek coklat dengan sejujur hati
pening untuk memilih filem aksi ataupon seram
melihat bunga api meriah menari di dada langit

esok
bolehkah kamu tersenyum lagi
memekik nama saya dari jauh
kamu marah?
biarlah..
saya suka
pekik la kuat2
kan femes sy nnt...
kamu marah?
comei je sy tgk kamu marah

esok
kamu jgn buat sy marah
sbb nanti sy jd goku dan fire kamu
paling tidakpon
saya nnyi lagu para-para sakura
kamu tergelak ye...
saya kn comel...


jika esok tiada lagi
dan ini saat terakhirnya
lantas bagaimana......


Thursday, April 28, 2011

Gadis & Bagasi

dari kota ke desa
seorang gadis dan bagasinya
di keriuhan ramai
sabar dan tenang
untuk pulang ke desa

gadis dan bagasinya
ingin segera pulang
selamat tinggal kota
selamat tinggal kasih
selamat tinggal gedung ilmu

kelak
aku pulang
kerana perjuangan belum selesai
ada kasih yang tertinggal
ada jiwa yang menunggu
kata tamat harus ku cari
dalam perjuangan ini

gadis dan bagasi berlalu...

p/s : saya berehat seketika dr dunia blogger...nnt jumpa lg ye..



Apa sebenarnya terjadi kat pempuan tersebut?


Harini entry jahat
tetiba terasa 2 tanduk tumbuh di kepala
aiyakkkkkkkk
Oh Tuhan,...kenapa i jahat sangat harini
ini kisah pelajar yg x berapa cemerlang tapi cute miut,,( mood perasaan )
d berjalan menuruni bukit yang curam sambil mengendong buku2 yang harus dipulangkan..
tetiba selisih dengan seorang gadis yang ayu berambut rebonding berbaju putih
adat la..bila selisih dengan perempuan yg sedekah senyuman
i pon senyum la~ jangan sombong dalam dunia ni~
tetiba
arghhh...
kenapa mata mengerling
hati berkata-kata
mulut terkunci sambil tersenyum kambing
lirikan penuh makna...
adeiii
xnak2...
mengapa...
mngucap2,,,,
istifar banyak...
jangan kata orang ..awk pon bukan yg terbaik sgt
terus berjalan sambil mp4 terus bermain....
sambil memerhati ragam pelajar dalam kampus
saya manusia biasa yang penuh dengan salah
ini hidup
ini kisah
ini cerita
sebelum perjalanan ke Alam sebenar
TAmAT

p/s : apa sebenarnya terjadi kat pempuan tersebut?

jeling2

JAWAPANNYA :
ada di bahagian KOMEN

Wednesday, April 27, 2011

Walimatulurus...

cuti sekolah
sinonim ngn majlis keramaian
kahwin,sunat, aqiqah la.bertunang la..
semua dalam waktu cuti kn..biasalah
bila waktu cuti sekolah atau cuti yang panjang mudah untuk semua sedara mara berkumpul dan memeriahkan majlis selain tolong -menolong sesama jiran dan sedara...
tak terkecuali abang sulung saya yang akan menamatkan zaman bujang
kad jemputan siap sudah...
mungkin sekarang abah dan emak sibuk menjemput
tag di fesbuk?
mungkin tak molek bagi orang melayu cam kita
tp mungkin juga ok..nak bgtaw kawan2 tentang majlis kita
terpulang pada individu ye...

mak abah saya cakap kalau nak menjemput kita kena jumpa orang yang hendak dijemput
baru jelas keihlasan dan kesungguhan nk menjemput
kalau jauh mungkin leh sampaikn melalui pos atau telepon
orang Melayu tu penuh dengan nilai tersendiri
penuh nilai tatasusilanya...
mungkin
esok dan esok abah dan mak sibuk memanggil
dan saya kena ikut juga sebab ada barang untuk kenduri yang harus dibeli
dan soalan lazim
lepas ni anak dara pulak ke...
_tunggu jemputan pulak la.._

hahahahhah.....
ikhlas itu indah
kadang-kadang tak nampak
tapi dirasai
~ walimatulurus~
TAMAT



Sunday, April 24, 2011

SAH..d bakal tunang orang

Zahiril Adzim


ini bukan blog hiburan
ini bukan blog artis
tp harini
dan dari beberapa hari yang lalu
saya dah tahu
d bakal tunang orang
tahniah...
satu langkah lagi...
dan kini
d bakal bergelar tunang orang

p/s: member i kecewa sbb Ustaz Amirul jd tunangan orang..
xpe cik cute atie...banyak lagi jejaka...hehee
kumbang bukan seekor..alahai..

Saturday, April 23, 2011

Sesi membuLat Mata


Sesi menelaah bakal bermula lagi
asal menghadap buku
pastinya bukan saya membaca buku
tetapi buku yang membaca saya
adeiii
apa nak jadi ni
asal membaca mata saya semakin sepet

TAPI KALAU ....

men Fb cerah mata je
aiya...membazir masa


kalau ada orang camni teman..sah2 bulat mata saya
semangat je nak stdy
perghhhhh

APAPUN:

buku tetap kena baca
target mesti ada
pembaziran masa tetap berlaku
tapi jangan risau
stdy smart

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
untuk semua teman
semoga berjaya dengan cemerlang

~ mata sila bulat kembali, banyak lagi yang perlu dibaca ~

Friday, April 22, 2011

Mandi hujan berjemaah

Hari ini 22 April 2011
aku ingat lagi 22 April 2003
bukan harini sahaja, 22 April sampai bila-bila
pada malam tersebut warga dorm aku telah dengan rasminya bermandi hujan secara berjemaah
padan muka!!
kami warga dorm G3 sekolah menengah teknik sg petani 2 kedah
telah mandi hujan beramai-ramai
semua ini angkara menyambut besday junior ...
malam tu
tepat jam 12...
air sabun+ air nila+ air softlan..aku lah yg bancuh
pastu...
wangi satu toilet
malam itu..ANNA YANG PUNYA
berkejaran, bingar sana-sini
pastu...
sunyi.....
MATI
Puan naik...
tadi aku check, umah d dah gelap..macam mana tiba-tiba Puan menjelma di hadapanku...
malam tersebut mandi hujan hampir 15 minit kot
tq temanku yang sediakam tuala selepas aku didenda
yang tak boleh aku lupa
berapi telinga aku esok pagi masa dalam kelas
budak yang aku pangkah siap perli
" semalam orang tidur lena sebab ujan, tp ada orang berbaris dalam hujan"
hahahhaha....siap la ko nnt
22 April setiap tahun
kemas dalam ingatan
zaman kenakalan budak-budak hostel




Wednesday, April 20, 2011

saya suka awk kek coklat

(sumber : kidnap dr fb encik Nemy :)

alhmdllh kenyang..
dalam kesibukan menyiapkan tugasan saya begitu selera menikmati beberapa potong kek coklat
teman serumah sudah lali dengan kecintaan saya kepada kek coklat
namun
tak boleh makan banyak2
kan gemuk
saya sangat senang hati
menikmati kek coklat
dengan sepenuh jiwa dan perasaan
sepotong demi sepotong
jangan risau housemateku
ada lagi kek coklat buat kalian
cukup indah saya katakan
saya suka awk kek coklat
cukup bahagia,..

p/s : sambung buat asgmnt smbil melirik lemak-lemak di kepak ayam...hahahha