Tuesday, October 15, 2013

salam aidil adha

salam aidil adha buat semua

mesti semua kenyang menikmati daging korban dan ketupat :)
semoga kita lebih menghayati erti pengorbanan drpd setiap aspek kehidupan.

alhamdulilah..
hari ini walaupun hujan sempat juga ak dan keluarga menunaikan  solat sunat aidil adha. macam biasa kesempatan di hari raya dengan kekangan cuti ak sempat menziarahi jiran tertangga dan saudara mara. Penting  bagi generasi kini untuk menziarahi saudara mara, ak sendiri kadang tak kenal anak sepupu yang kecil..malah yang besar pon waktu kenduri dan waktu tertentu je yang akan berjumpa.silap haribualan sedara sendiri yang ngorat.

tadi sempat juga kmi  menziarahi pusara atok dan tokwah sebelah abah dan emak. diakui boleh dikira beberapa kali ak menziarahi pusara tok dan tokwan.hanya doa yang dititip tiap kali solat.dan tiap kali mengusap nisan hati tegar ak tetiba menjadi sayu mengenangkan cinta  mereka yang tidak pernah usang.Al- Fatihah dan doa  yang mampu ak kirim sebagai tanda cinta...

Tuesday, September 24, 2013

PTPTN : rebutlah peluang 20 % sehingga akhir September 2013 !!!


anda peminjam PTPTN?
nak bayar secara lump sum?
potongan 20 % akan berakhir pada hujung bulan ini.
berdasarkan pemerhatian minggu lalu cawangan PTPTN di KL  Sentral penuh sesak dengan peminjam yang ingin  merebut potongan 20 % bagi bayaran lump sum.
untuk mengurangkan kesesakan banyak cawangan PTPTN yang dibuka hingga jam 6 petang pada hari sabtu & ahad.

bagi peminjam yang ingin membuat permohonan pertukaran ujrah (1%). permohonan boleh dibuat samaada secara online atau datang terus ke kaunter PTPTN yang terdapat di negeri masing-masing serta di UTC.

sebenarnya penting untuk semua peminjam mengemaskini maklumat terkini mereka seperti alamat dan no talipon masing-masing.

website ujrah : http://www.ptptn.gov.my/index-ujrah.html
semakan pengawai yang mengurus pinjaman :  http://eform.ptptn.gov.my/ptj/semakan-ptj.cfm
borang-borang yang boleh dimuat turun : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

mohon untuk rujuk website  rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung  untuk sebarang perkembangan dan semua hal berkaitan dengan pinjam anda..

mungkin setengah orang tidak berpuas hati dan mahu menghapuskan PTPTN. tapi cuba fikir,  kalau dahulu korang tak pinjam ..adakah korang akan berjaya mengharungi musim pembelajaran ???
mohon rasa tanggungjawab ada dalam diri kita untuk membayar  untuk kesenangan generasi  baru..

siapa yang dulu...Jodoh Dia


minggu ini bakal pulang ke kampung lagi..adik akan melangsungkan pertunangan dan akan bernikah pada raya cina nnt.2 minggu lepas  mak bertanya sekali lagi samaada aku berkawan serius atau main-main. selalu jawapan yang sempoi aku bagi,..nnt ada calon menantu mak aku akan bw balik menghadap mak abah....

sebenarnya mak xla push aku suh menikah memandangkan adik yg akan nikah dulu. tapi mungkin dia risau aku yang tak pernah nak serius dengan hubungan. hahahaha..ini aku nk gelak guling...bukan tak pernah serius la mak...mungkin tak ada jodoh lagi. rasanya hati aku dh pernah cuci ngn Dettlo...lalalallala

selalu menjadi isu dalam kalangan mak sedara aku ialah langkah bendul...ala..aku relax je pon.dah jodoh adik.  bagi lah adik nikah dulu.sekarang bukan zaman dalu, kakak tak boleh langkah bendul. bising mak sedara aku, katakanya takut jodoh aku lambat sebab adik yang nikah dlu.lepas tu  nk sepersalinan tuk tunang lagi...alahai..apa la nk bagai dengan persalinan..memudahkan adam dan hawa membina masjid kan lagi utama :).  aku anggap sebagai positif teguran sedara mara.

ada jodoh insyALlah aku nikah.sekarang ni akak bagi la settle hal adik dulu...serius aku sangat risaukan adik aku yang ke 3 ni..berharap sangat lelaki yang dia sayang dapat jaga dia dengan baik. dari zaman sekolah pon, aku berharap kalau adik sama sekolah dengan aku..aku xnak dia alami zaman aku bergelar junior...

doaku..itu jodoh adik..
insYAllah dia lelaki yang baik
mampu membawa adik ke jannah
menerima kelebihan dan kekurangan adik
menyanyangi adik apa adanya...
semoga  Allah mempermudahkan segalanya..
Amin..

Wednesday, September 18, 2013

Karma


aku lihat karma itu tak pernah menipu,
seperti mana kau lakukan padaku,
aku  masih tersenyum dan ikhlas menjadi sahabatmu,
walau pernah satu ketika dulu kau sangat hebat menikam aku
dari setiap sisi,
kau tikam
perlahan-lahan kau cuci tangan
kemudian menerpa aku dengan pelukan dan senyuman..

aku bukan tak pernah tahu permainan yang kau mulakan
cuma aku jenis yang malas untuk membunuh dirikau semula,
bukanlah bermaksud aku terlalu baik,
cuma aku ingin melihat kelicikan  menawan keadaan dan menjatuhkan orang dihadapan kau,
dan aku juga malas nk memikirkan perangai budak 7 tahun

kini
aku tak pernah meminta karma itu kembali
kau ditikam kawan-kawan kau sendiri
aku cuma paham KARMA
seperti mana kau menikam aku dahulu
mereka sudah bijak membaca permainan kau

aku seperti biasa
tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa
pada saat aku merasakan parut itu seakan berdenyut kembali
sebenarnya
itu ujian buatku
melihat sejauh mana kau akan kenal erti ikhlas dalam persahabatan





Sunday, September 1, 2013

menangis

Menangis

Terpendam suatu rasa yang tak bisa kau luahan.
Kepenatan menahan segala rasa hingga kau dimatikn..
Untuk lapangkan segala perasaan yang membuku di jiwa
Aku biarkan air mata ini tumpah
Biar aku tenang
Biar aku nikmati erti sebenar
Menangislah sayang
Kau bukan lemah

Saturday, August 31, 2013

perjalanan mencari jawapan

Aku berada di tengah perjalanan antara ak harus teruskan atau berhenti,
Memilih realiti atau berada dalam angan yang belum pasti itu adalah sesuatu yang aku tak dapat pastikan. Selalu menyatakan pendirian tentang ketabahan,kecekalan,mampu berdikari tanpa bantuan adakala topeng semata-mata.Aku cuma tidak mahu dikatakan lemah dan tidak mampu berdiri atas kaki sendiri.

Kadang kala aku penat menjadi si bisu yang bahagia.lantas semua rasa aku pendamkan tanpa aku muntahkan semua larvanya. Sesuatu yang penat dan menjadi complicated. Sangat penat.adakala aku memilih untuk berhenti dan memilih ketenangan dan lari dari permainan dunia.tapi apakan daya, aku bukan nabi yang maksum.ada keputusan yang aku yakin dan ada yang tersasar.

sejak akhir-akhir ini aku memilih untuk berkhalwat dalam dunia aku sendiri.berjalan di dunia luar penuh sandiwara menyebabkan aku bingung dan terhenti seketika.ada satu ketika aku seperti kehilangan jiwa yang dulu.loser !  Terasa seperti roda gergasi yang diputar..dan giliranku di bawah..

Saka apa yang membelai jiwa ini. Aku ingin keluar dari dunia saka ini.aku ingin menjadi diriku yang dulu. Kental dan tabah serta bermotivasi. Anjakan aku perlukan untuk berada pada kedudukan yang aku mahukan.  Aku tak perlukan kalsium pada ketika ini untuk tinggi dan mengapai apa yang aku hajatkan.aku cuma perlukan sesuatu yang aku tidak tahu..tapi aku sangat inginkan untuk mengapai bintang.

Sekali lagi perjalanan ini diuji.lantas haruskah aku menyerah membuktikan kemenangan saka jiwa ini. TIDAK.
Aku memilih untuk menempuh segalanya.biar sakit menampakan luka,biar mengalir air mata tanda lelah..tidak wajar untuk aku terlalu awal kalah.sebenarnya aku harus berjuang dengan cara aku sendiri.cukuplah keletihan ini..
Dan biarkan sesekali aku tidur nyenyak sambil menikmati mimpi..


Thursday, August 22, 2013

InsYAllah..Allah segalanya


salam
salam lebaran buat semua..
saat jemari masih menaip di sini, seorang teman mungkin sedang gelisah.
ayahnya dibedah  kerana terdapat ketumbuhan dalam perut.
beberapa hari lalu melihat beliau sentiasa mengupdate status FB untuk pengetahuan teman-teman.
alhmdulilah..selepas 9 jam,ayahnya telah selamat dibedah , kemudian ke ICU dan dipindahkan ke wad biasa.

beberapa jam lepas  dalam pukul 8.45 keadaan ayahnya tidak stabil. mungkin terdapat komplikasi atau pendarahan.melihat beliau sebagai  anak sulung dalam keluarga dan rasa sayang kepada ayahnya dengan penuh tanggungjwb. beliau hanya 2 beradik sahaja. kadang terkejar antara kerja dan menjaga ayahnya di hospital.

sebagai teman, daku hanya mampu memberi  sokongan dan kata-kata semangat. insYAllah Allah menguji hambaNya kerana Dia tahu tahap kemampuan hamba tersebut.dan Dia juga tahu, hambanya  mampu menghadapi. semoga ayahnya cepat sembuh daripada pembedahan dan menikmati kehidupan seperti biasa. INSYALLAH..Allah selalu ada untuk hamba2nya..dan semua teman-teman mendoakan kesejahteraan ayahnya.

saat sakit begini  mengingatkan kepada emak yang beberapa tahun mengalami psirosis. ketabahan dan kecintaan abah menjaga dan berusaha samada secara moden atau tradisional. saat begini sangat menguji kasih sayang  semua ahli keluarga kami. sangat tabah ! cekal  ! . rasanya tak pernah abah merungut penat menjaga emak. sehingga adakalanya ak terpikir suatu hari nanti, adakah lelaki sebaik dan setabah abah? rasa cinta dan sayang pada emak tidak pudar, dan bibirnya tak pernah mengeluh.

terima kasih Allah, banyak yang kami pelajari dan teladani daripada setiap ujian dan dugaanmu terhadap kami. dan percayalah setiap ujian Allah ada hikmahnya. buat temanku...semoga tabah dengan situasi ini dan semoga keadaan ayahnya kembali stabil..insYAllah..

selamat malam semua :)


Monday, July 8, 2013

selamat berpuasa

rabu ni umat islam akan mula berpuasa
seperti biasa apabila tiba ramadhan
makanya bulan penuh pengampuan..
bulan untk melipat gandakan amal ibadat
dan melakukan kebaikan

apa sahaja perbuatan yang baik di bulan mulia ini akan berlipat ganda pahala
sebagai hamba
sama-samalah merebut peluang yang datang setahun sekali
untuk  kita meningkatkan amal ibdat dan melakukan kebaikan  sesama manusia.

apakah mahu  menghadapi ramadhan ini pada laras yg lama
tepuk dada tanya iman
semoga diberkati Allah sepanjang menjalani ibadah puasa nnt

buat semua geng

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
semoga amal ibadat kita diterima  Allah .amin


Kau bukan dia...

kamu mungkin pernah stalker  laman sosial  dan apa sahaja berkaitan dgn  gf/bf ex kmu
dan menjumpai ayat2/barang  lama ketika mereka masih bersama
dan apa yang dirasakan ialah sakit

kemudia kamu cuba untuk  menjadi seperti dia
maksud di sini ialah kamu meniru cara berpakaian ( bekas kekasih gf/bf), dan apa sahaja untuk menarik perhatian si dia
 sedar beb !
itu masa lalu   dia
sebenarnya kamu harus jadi diri sendiri
bukan orang lain

percayalah setiap orang ada kelebihan tersendiri
cantik atau tak,
gemuk atau keding
biar dia menerima kamu apa adanya..
kamu sendiri akan sakit untuk menjadi orang lain demi meraih kasih nya?

jika dia benar sayangkan kamu
dia akan menerima kamu
dan melengkapkan kekurangan kamu
itu yang selayaknya

untuk mengelakan rasa sakit hati
janganlah g stalker apa2 yang lepas
kala dia menceritakan tentang masa lalunya
bertabahlah

kadang rasa  sakit kini
kemudian kelak Dia balas dengan rasa yang lebih tenang
apa yang berlaku biarlah
kau tak perlu jadi orang lain
Kau bukan Dia

tenang sahaja dan tdurlah dengan damai,
moga esok masih tenang dan cerah
dan jika langkah ini bukan di haluan yang benar,
kau akan tahu di mana patut kau mulakan semula
kita hanya insan biasa yang  punya semua rasa .







Friday, July 5, 2013

teksi !!!!

hellooo
penat menunggu teksi hampir 1 jam 1 1/2
15 minit pertama bleh tersenyum sabar
sambil muka  steady diperasap  asap-asap kenderaan..

1/2 jam pertama...
woiiiii...ko men potong line..
mmg x aci...
masa ni rasa macam   mau fire je manusia-manusia yang tak tahu bertimbang rasa
mana hilang pankreas dan semua rasa..
orang beratur beb!
sesuka jiwa men  potong

masa-masa camni la rasa mmg nk  ada kereta sebijik
tapi kena menghadap jem juga
KL bila mau tenang tanpa kenderaan
acap kali aku lena sehingga smpai  ke rumah

sabar je lah
ragam manusia
ragam pemandu teksi
dan segala ragam di jalan raya
silap hr bulan
mmg true calour ko mmg nmpk la time nk memaki org masa tgh jem
relax2
dugaannnnnnn
tunggu la aku beli jazz sebijik,...aishhhh


Thursday, July 4, 2013

Lelah


kadang aku terlalu penat
lelah
dengan setiap langkah
lantas aku  memilih untuk terus menulis tentang segala rasa

kadang diri penuh emosi, marah, kesalan, keluhan..
kadang terlalu lelah
dan sangat lelah

kadang suara bukan penyudah jalan cerita
ku mampu luahkan dengan jemariku terus menari..
aku tulis semua yang kurasa
dan puas...

aku bebas menyata disebalik hati yang selirat
aku  harus melangkah
dan jemariku terus menari
dan menari hingga ia puas ...

tersenyumlah
hingga semua lelah hilang...

aku masih  di sini lagi...

Tuesday, June 18, 2013

jika aku bersalah katakanlah dan jika aku benar pertahankan diriku...


hati ini sangat penat
ada saja ceritera tentang kisah
dan kronologi saja sudah berjela- jela
tentang sesuatu kisah yang tiada kepastian

mohon untuk aku ulangi secara sopan
sebagaimana adat melayu kita
jika aku bersalah katakan
jika aku benar pertahankan
keletihan ini sangat membunuh aku

semestinya aku ingin ikhlas menyapa sepanjang masa
jangan panah mataku dengan mata yang penuh tanda tanya
berikan aku sedikit ruang menghirup udara segar
keadaan ini seakan jerebu yang menyesakan nafasku
aku ingin segar seperti dahulu
saat kita  lakukannya dengan kasih yang ikhlas

aku mohon..
jika aku bersalah katakanlah
dan jika aku benar pertahankan diriku...




Sunday, May 12, 2013

hari- hari untuk mak :)

salam semua
selamat hari ibu untuk mereka yang punyai ibu dan bergelar ibu
sebenarnya setiap hari adalah hari ibu
sebab mak dan abah kita antara insan yang ptt kita kenang dan ingat setiap hari dan bukan  pada hari tertentu,
tapi ok je  dan terpulang pada individu untuk meraikan atau memilih hari ini untuk lebih mengingati ibu masing2

sebenarnya mak kita  lebih perlukan perhatian berbanding  benda-benda mewah
oleh itu sebagai anak adalah menjadi kewajipan untuk berikan perhatian dan kasih syang kepada mak masing2 ok..
 bagi yang punyai ibu mentua seimbangkan kasih syang seperti jua kepada mak sendiri,..biasalah takot pula berkecil hati...

so antara benda-benda yang kita anggap simple tetapi sebenarnya amat berharga di mata ibu masing-masing ialah :

- jika pulang ke kampung bawalah buah yang  mak kita suka ( tu kn tanda kita amil berat tentang apa yang mak suka )
- cll untuk bertanya khabar selalu sebab kebanyakkan drpd kita bekerja dan jauh dr emak..jadi dengan cara inilah dapat  mengurangkan rindu dan mengeratkan kasih sayang  antara ibu dan anak.
- kalau melawat mak mentua atau mak sendiri, bawalah mknn yang mak suka..korang masak sendiri la..( bukan tapau kedai ) hehehe...

ok..dh panjang sangat ..selamat hari bunda  :)
sayangi dan hargai mereka okeh !

Friday, April 5, 2013

Cantik

Assalamualaikum semua..

cantik sinonim dengan wanita..
akui saja smua  wanita mahu diri mereka kelihatan cantik
cantik sesuatu yang abstrak dan seni
pandangan mata masing-masing sememangnya menafsirkan definisi cantik yang berbeza

fenomena kini yang ialah wanita obses untuk cantik > aku juga tergolong  :)
kehadiran pelbagai jenis kolegen dan vitamin cenderung menyebabkan golongan ini terpegun
kulit yg mulus, gebu..menawan sedikit sebanyak memang menggoda jiwa
mohon jangan menipu diri jika kamu tidak terpaut dengan pelbagai testimoni  pengguna yang berjaya..

cantik
biar luar dan dalam
terkadang wajah saja cntik,tapi sikap dan perangai tak cantik pon tiada maknanya
simpan je lah kecantikan tu... ( agak kasar bunyi di situ ,,,)


kadang simple itu dah cantik !



Thursday, April 4, 2013

Kerana Dia

salam semua

tadi dia whatsApp
sedih katanya tak mampu menahan rindu pada arwah tunangnya
mungkin dia tak mahu saya  bersemuka dengannya..tentu saja d menangis
ya..
dia mengaku dia menangis teramat rindukan arwah tunangnya
pemergian arwah tunangnya hanya tinggal sebulan menjelang hari pernikahan ( kalau tidak silap)
tamparan hebat bg temanku

yang mampu ak berikan ialah kata-kata semangat
dengan senang meminjamkan bahu dan telinga
menemani beliau.
dia banyak berubah menjadi dari yg baik kepada yang lebih baik
katanya mahu bertemu arwah di Jannah kelak
katanya lagi
dia telah sampaikan kerinduan pada arwah melalui Allah

dia sungguh tabah
kadangkala dia mengaku cekal secara fizikal dan bukanya rohani
sering juga di tengah malam dia bangun  untuk Penciptanya..
alhamdullilah..dia akan mengerjakan umrah dengan keluarganya pada waktu terdekat

semoga dia terus tabah
semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang bertaqwa
pasti setiap yang berlaku ada hikmah

sesuatu yang diambil oleh Nya,
pasti diberi ganti yang lebih baik daripada itu..

semoga esok dan hari-hari yang mendatang menjadikan kita lebih tabah sebagai khalifah di dunia ini.

selamat malam :)

Wednesday, March 13, 2013

Telinga Kiri Telinga Kanan

salam
agaknya sudah lama tidak menulis di sini
kekangan masa dan beberapa alasan lain adakala hanya membiarkan blog ni dipenuhi sarang labah-labah.
lewat ini  samada dalam ruang lingkup sendiri atau di luar kotak masing2
isu fitnah telah menjemaahkan  ahli2 dosa semakin menular...
padahal isunya sangat kecil
dan bila sang lidah memancarkan ketajamannya
maka bermula perang dingin
atau perang dunia mungkin

sangat diakui gunakanlah kedua belah telinga untuk mendengar dengan jelas
mohon tidak membutakan mata
dan mematikan hati jika kau rasa sakit
mohon untuk teliti sesuatu perkara sebelum kau telan hidup
apa guna pancaindera yangAllah kurnia jika kau tidak tahu fungsinya

dan sekali lagi
apa guna pasangan telingan yang ada
jika kau palam sebelahnya
tolonglah dengar dengan telinga dan mata hati
harap  kau tak hadam terus semua yang kau dapat
buta-buta dalam kecelikan itu memang jelik

kita dah terlalu dewasa untuk kebudak-budakan
aku cuma mengharapkan tidak setajam mata kata-kata itu
hingga mampu membunuh kita semua



Friday, February 15, 2013

patin msak tempoyak

salam semua
apa yang lebih baik dalam kehidupan ini untuk merasai  setiap nikmatNYa..
sama  macam makan makanan yang kamu suka
menikmati bukan...
kemudian mensyukuri ...
patin masak tempoyak dalam gambar berikut teman saya yang berasal daripada negeri 9 yang tapaukan...
sedap sangat...
saya seorang boleh mencuba makanan baru
dan sangat sukakan ikan
ikn patin ni pon sedap + masak tempoyak...
sangat sedap..woha!!!
apapon terima kasih atas nikmat
lepas ni nak berguru dengan mak kawan saya tuk masak patin masak Tempoyak

Monday, February 4, 2013

steady giler akak rapid !


Salam

Beberapa hari lepas budak umah ada bgtaw ada sorang pemandu  baru bas rapid kl yang selalu ktrog naik perempuan..ayu cakap drver tu muda lagi..lebih kurang sebaya kita...
wow ! macam cool giler perempuan muda bawa bas rapid..
daku teruja nak tengok
dan harini..yeah !  dapat naik..cara dia kawal ba bagus je,,..kadang-kadang pemandu lelaki bawa lagi kasar..
ayu cakap dia tak berapa confident pemandu wanita
ok je..steady  je aku tengok dia
Stedy giler akak rapid ni..
berbangga  ok..wanita bawa bs rapid..bawa kapal terbang...
gagah memegang streng..
wanita tetap lemah lembut sebagai seorang ibu..isteri dan pekerja..
cool giler...
dulu masa mula-mula dapat lesen kereta aku teringin nk jadi pemandu  DHL  Ekspress...sempoi kan..
ni gara-gara terpengaruh dengan iklan DHL...
super cool...

Friday, February 1, 2013

kakak..adik-adik..

salam

minggu lepas naik bas seperti biasa ke opis
seperti biasa bas waktu pagi-pagi memang padat dengan budak sekolah dan warga kota..
kala waktu begini mmg otak ligat suh beli kereta...
pikir-pikir balik kesesakan jln raya dan masalah parking kat kwsn umh...lupakan saja...

Dalam bas ada 3 beradik yang menarik perhatian mood pagi ..
rasanya yang sulung  kakaknya bertocang kiri kanan
adik perempuannya di sebelah
dan adik lelakinya
muka mereka seiras

beberapa kali kakak yang sulung menyuruh adik lelakinya duduk dengan baik...
dibetul rambut dan beg adik perempuannya..
dengar lagi " nanti balik tunggu akak ye..blik sama-sama"
ibu cakap adik jangan nakal-nakal d sekolah...

tabahnya sebagai kakak yang sulung menjaga adik-adiknya
ibu mana sanggup membiarkan anak-anak berdikari naik pengangkutan awam sekecil itu...
tapi keadaan....
Insyallah..
mendoakan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dalam hidup suatu hari nanti...
amin

Wednesday, January 2, 2013

2013 ~ selamat ..selamat..selamat ~

salam semua
rasanya lama x mengupdate blog..
salam  tahun baru 2013
selamat datang segala yang di hadapan

2012
ada warna hitam putih dalam masa lepas
samaada untuk mmilih untuk berusaha kpada yang lebih baik,
atau masih statik pada kedudukan yang lama bergantung pada keinginan anda untuk merubah .
kita berhak dan ada hak memilih untuk menjadi lebih baik..

kisah lalu walaupun gelap, sakit dan merentap segala gembira..
teruskan langkahmu..
bilang sama aku manusia mana yang tidak melakukan salah dan dosa,
apa yang terbaik ialah  berubah ke arah yang lebih baik


kisah-kisah bahagia teruskan lah
berbuat baik dan mendoakan untuk  semua
semoga  hati terus tenang dan bahagia
selamat 2013
2012  adalah masa yang lepas
smoga terus redha dengan setiap qada dan qadarnya
amin..