Thursday, August 22, 2013

InsYAllah..Allah segalanya


salam
salam lebaran buat semua..
saat jemari masih menaip di sini, seorang teman mungkin sedang gelisah.
ayahnya dibedah  kerana terdapat ketumbuhan dalam perut.
beberapa hari lalu melihat beliau sentiasa mengupdate status FB untuk pengetahuan teman-teman.
alhmdulilah..selepas 9 jam,ayahnya telah selamat dibedah , kemudian ke ICU dan dipindahkan ke wad biasa.

beberapa jam lepas  dalam pukul 8.45 keadaan ayahnya tidak stabil. mungkin terdapat komplikasi atau pendarahan.melihat beliau sebagai  anak sulung dalam keluarga dan rasa sayang kepada ayahnya dengan penuh tanggungjwb. beliau hanya 2 beradik sahaja. kadang terkejar antara kerja dan menjaga ayahnya di hospital.

sebagai teman, daku hanya mampu memberi  sokongan dan kata-kata semangat. insYAllah Allah menguji hambaNya kerana Dia tahu tahap kemampuan hamba tersebut.dan Dia juga tahu, hambanya  mampu menghadapi. semoga ayahnya cepat sembuh daripada pembedahan dan menikmati kehidupan seperti biasa. INSYALLAH..Allah selalu ada untuk hamba2nya..dan semua teman-teman mendoakan kesejahteraan ayahnya.

saat sakit begini  mengingatkan kepada emak yang beberapa tahun mengalami psirosis. ketabahan dan kecintaan abah menjaga dan berusaha samada secara moden atau tradisional. saat begini sangat menguji kasih sayang  semua ahli keluarga kami. sangat tabah ! cekal  ! . rasanya tak pernah abah merungut penat menjaga emak. sehingga adakalanya ak terpikir suatu hari nanti, adakah lelaki sebaik dan setabah abah? rasa cinta dan sayang pada emak tidak pudar, dan bibirnya tak pernah mengeluh.

terima kasih Allah, banyak yang kami pelajari dan teladani daripada setiap ujian dan dugaanmu terhadap kami. dan percayalah setiap ujian Allah ada hikmahnya. buat temanku...semoga tabah dengan situasi ini dan semoga keadaan ayahnya kembali stabil..insYAllah..

selamat malam semua :)


2 comments:

Noor Ain Bt Yaacob said...

:) . alhamdulillah... susah nk jmp seorg suami yg sanggup menjaga isteri sakit... yg selalu jumpa isteri.. semoga mak & ayah ang sihat & ejahtera selalu... makin bertambah kasih sayang.. aminn...

Itu Aku said...

Tq ain
Smg kasih mereka kekal hingga jannah
Aminnn