Monday, July 7, 2014

Ramadhan -----> Apa kau cari ?

Salam :)

selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan termasuklah blogger-blogger semua..
semakin hari..masa semakin pantas berlalu..dah nk masuk liku2 ke 10 ramadhan dalam beberapa hari lagi..
dalam keasyikan umat Islam berlumba2 melipat gandakan amal jariah..orang lain pon  melipat gandakan  rezeki jua

ramadhan
syurga makanan
bulan amal ibadat..

dan tentunya..bagi siapa sahaja akan menyerang bazar ramadhan lepas waktu  keje..~ plss jgn habaq ang tak penah p bazar ramadhan..  terseksa la jiwa melihat pelbagai jenis menu makanan dan kemeriahan air-air yang sejuk..perghhhh.. sungguh menggoda iman kn?

Bazar ramadhan
1. penjual
2. pembeli

semua ada tujuan dan matlamat masing-masing

1. peniaga : berniagalah dengan ikhlas seperti yang nak menikmati makanan tersebut adalah saudaramu, yang akan sentiasa menyebut keenakan makananmu..dan xsabar menanti ramadhan seterusnya untuk menikmatinya lagi..dan jangan biarkan saudaramu kecewa dek kerana ketamakan...
Insyallah..niat yang baik..Allah pasti membalasnya..jika tidak melalui wang ringgit, mungkin dengan cara lain seperti ketenangan hati...

2. Pembeli : beli dengan berhemah supaya tidak berlaku pembaziran makanan. Bukankah ramadhan melatih untuk bersederhana dan bukan berlumba-lumba memenangkan hawa nafsu. Saat kita menikmati waktu berbuka ada insan-insan yang masih berpuasa.

Jadi, dalam apa jua situasi..bersederhana dalam melakukan sesuatu perbuatan. Moga ramadhan bulan yang mendekatkan kita kepada sang Pencipta, merapatkan ukhwah sesama insan dan menjadi hamba yang lebih bertaqwa. seinci kebaikan mahupun kejahatan pasti ada  balasannya,,,
Salam Ramadhan...