Saturday, August 31, 2013

perjalanan mencari jawapan

Aku berada di tengah perjalanan antara ak harus teruskan atau berhenti,
Memilih realiti atau berada dalam angan yang belum pasti itu adalah sesuatu yang aku tak dapat pastikan. Selalu menyatakan pendirian tentang ketabahan,kecekalan,mampu berdikari tanpa bantuan adakala topeng semata-mata.Aku cuma tidak mahu dikatakan lemah dan tidak mampu berdiri atas kaki sendiri.

Kadang kala aku penat menjadi si bisu yang bahagia.lantas semua rasa aku pendamkan tanpa aku muntahkan semua larvanya. Sesuatu yang penat dan menjadi complicated. Sangat penat.adakala aku memilih untuk berhenti dan memilih ketenangan dan lari dari permainan dunia.tapi apakan daya, aku bukan nabi yang maksum.ada keputusan yang aku yakin dan ada yang tersasar.

sejak akhir-akhir ini aku memilih untuk berkhalwat dalam dunia aku sendiri.berjalan di dunia luar penuh sandiwara menyebabkan aku bingung dan terhenti seketika.ada satu ketika aku seperti kehilangan jiwa yang dulu.loser !  Terasa seperti roda gergasi yang diputar..dan giliranku di bawah..

Saka apa yang membelai jiwa ini. Aku ingin keluar dari dunia saka ini.aku ingin menjadi diriku yang dulu. Kental dan tabah serta bermotivasi. Anjakan aku perlukan untuk berada pada kedudukan yang aku mahukan.  Aku tak perlukan kalsium pada ketika ini untuk tinggi dan mengapai apa yang aku hajatkan.aku cuma perlukan sesuatu yang aku tidak tahu..tapi aku sangat inginkan untuk mengapai bintang.

Sekali lagi perjalanan ini diuji.lantas haruskah aku menyerah membuktikan kemenangan saka jiwa ini. TIDAK.
Aku memilih untuk menempuh segalanya.biar sakit menampakan luka,biar mengalir air mata tanda lelah..tidak wajar untuk aku terlalu awal kalah.sebenarnya aku harus berjuang dengan cara aku sendiri.cukuplah keletihan ini..
Dan biarkan sesekali aku tidur nyenyak sambil menikmati mimpi..


Thursday, August 22, 2013

InsYAllah..Allah segalanya


salam
salam lebaran buat semua..
saat jemari masih menaip di sini, seorang teman mungkin sedang gelisah.
ayahnya dibedah  kerana terdapat ketumbuhan dalam perut.
beberapa hari lalu melihat beliau sentiasa mengupdate status FB untuk pengetahuan teman-teman.
alhmdulilah..selepas 9 jam,ayahnya telah selamat dibedah , kemudian ke ICU dan dipindahkan ke wad biasa.

beberapa jam lepas  dalam pukul 8.45 keadaan ayahnya tidak stabil. mungkin terdapat komplikasi atau pendarahan.melihat beliau sebagai  anak sulung dalam keluarga dan rasa sayang kepada ayahnya dengan penuh tanggungjwb. beliau hanya 2 beradik sahaja. kadang terkejar antara kerja dan menjaga ayahnya di hospital.

sebagai teman, daku hanya mampu memberi  sokongan dan kata-kata semangat. insYAllah Allah menguji hambaNya kerana Dia tahu tahap kemampuan hamba tersebut.dan Dia juga tahu, hambanya  mampu menghadapi. semoga ayahnya cepat sembuh daripada pembedahan dan menikmati kehidupan seperti biasa. INSYALLAH..Allah selalu ada untuk hamba2nya..dan semua teman-teman mendoakan kesejahteraan ayahnya.

saat sakit begini  mengingatkan kepada emak yang beberapa tahun mengalami psirosis. ketabahan dan kecintaan abah menjaga dan berusaha samada secara moden atau tradisional. saat begini sangat menguji kasih sayang  semua ahli keluarga kami. sangat tabah ! cekal  ! . rasanya tak pernah abah merungut penat menjaga emak. sehingga adakalanya ak terpikir suatu hari nanti, adakah lelaki sebaik dan setabah abah? rasa cinta dan sayang pada emak tidak pudar, dan bibirnya tak pernah mengeluh.

terima kasih Allah, banyak yang kami pelajari dan teladani daripada setiap ujian dan dugaanmu terhadap kami. dan percayalah setiap ujian Allah ada hikmahnya. buat temanku...semoga tabah dengan situasi ini dan semoga keadaan ayahnya kembali stabil..insYAllah..

selamat malam semua :)