Friday, December 26, 2008

SELAMAT HARI LAHIR

HARI LAHIRMU ( DEDIKASI BUAT SAHABAT (GIN) SEMPENA HARI LAHIRNYA)
Tarikh itu
Genaplah usiamu
Meniti hari-hari di masa depan
Moga kamu semakin matang

Aku tidak punya apa
Sebagai mewakili kasih
Sempena hari lahirmu
Mewakili digit yang bertambah bagi usiamu

Aku hanya bisa mengutuskan
Rasa kasih yang mewakili nama persahabatan ini
Walau jauh dimata
Aku yakin
Ia dekat dihati


Jangan biar lautan pasifik
Membeda hubungan ini
Kerana
Dunia tanpa sempadan
Di alam maya
Pertemuan tercipta
Dan sememangnya ia tertulis di Azali

Sempena hari lahirmu
Moga kamu sentiasa bahagia
Selalu tersenyum
Aku doakan
Moga kamu bahagia
Atas setiap langkah yang dipilih
Moga kamu selalu diredhaiNya

Ikhlas atas nama persahabatan ini
Ku mohon maaf
Kerana hanya rasa ini
Yang mampu aku kirim
Buatmu
Sempena hari lahirmu……


No comments: