Tuesday, April 19, 2011

nasi lemak sungguh enak dimakan begitu saja..

Kaji semula hadkan nasi lemak

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu. ( sumber KOSMO)

mari fikir bersama-sama :

- tentu memprotes kalau kat sekolah saya tak jual nasi lemak

-sebenarnya faktor obesiti bukan sahaja di sekolah, tetapi bermula di rumah atau di mana sahaja kt makan..

-klu xmo bg jual air berkarbonat, gula berlebihan, syorkan semua pelajar wajib bawa air masak sendiri,klu di rumah anda ada Bio Aura bleh juga..hehehe

-lagi bagus, ibu-ibu wat tapaukan makanan untuk anak-anak

-yang penting kena senaman dan jaga pemakanan

sekian pakar pakar kesihatan melalut di sini..

No comments: