Saturday, August 1, 2009

SUKARELAWAN DIPERLUKAN UNTUK SUKAN 5TH ASEAN PARA GAMES KUALA LUMPUR 2009

Malaysia akan menjadi hos penganjur bagi Sukan 5th Asean Para Games Kuala Lumpur 2009 yang diadakan pada 15 hingga 19 Ogos 2009 khusus bagi Orang Kurang Upaya (OKU) peringkat Asean dengan penyertaan sebanyak 11 buah Negara (termasuk Timor Leste) dan bilangan seramai 1200 orang atlit dan pegawai Sebanyak 11 acara sukan OKU sahaja akan di dipertandingkan pada kali ini. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan kejohanan ini berlangsung dengan jaya dan gemilang, maka pihak Penganjur amat memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjayakan kejohanan ini.Oleh yang demikian sukacita dimaklumkan pihak kami memerlukan sukarelawan untuk bertugas sepanjang kejohanan tersebut. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya ditalian 019-2696972 (nizam). Untuk makluman boleh layari website tersebut :

www.aseanparagameskl09.org.my

No comments: