Friday, January 28, 2011

wifi free di restoran kuala lumpur ?


KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.

Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.

“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam.

sumber : Kosmo online..( nk berita penuh beli surat khabar da...)

ekoran daripada ini bermakna?

-semakin ramai org melepak kat restoran-restoran?

-perniagaan semakin maju

-Cc akan kehilangan pelanggan ? (wireless kn free....)

-permintaan terhadap gajet berwifi semakin tinggi?

- dan lain-lain lagi...

terima kasih

tp...kn best klu kat kawasan perumahan aku ada wifi free..

berblogger siang malam la aku...hehehe

selamat hari jumaat

3 comments:

Unknown said...

salam....nampak sangat tkder profesionalisme DBKL ni....ade plak buat syarat macam ni kat pegusaha restoran....

Itu Aku said...

tu la
kn tgk pro n kontra dlm bab ni...

Unknown said...

bagus idea ni tapi secara tak langsung mengkayakan TM yang cas mahal tapi servis kurang..sampai bila kita nak macam ni aish..

Recent post: Padat dan Sendat