salam aidil adha buat semua
mesti semua kenyang menikmati daging korban dan ketupat :)
semoga kita lebih menghayati erti pengorbanan drpd setiap aspek kehidupan.
alhamdulilah..
hari ini walaupun hujan sempat juga ak dan keluarga menunaikan solat sunat aidil adha. macam biasa kesempatan di hari raya dengan kekangan cuti ak sempat menziarahi jiran tertangga dan saudara mara. Penting bagi generasi kini untuk menziarahi saudara mara, ak sendiri kadang tak kenal anak sepupu yang kecil..malah yang besar pon waktu kenduri dan waktu tertentu je yang akan berjumpa.silap haribualan sedara sendiri yang ngorat.
tadi sempat juga kmi menziarahi pusara atok dan tokwah sebelah abah dan emak. diakui boleh dikira beberapa kali ak menziarahi pusara tok dan tokwan.hanya doa yang dititip tiap kali solat.dan tiap kali mengusap nisan hati tegar ak tetiba menjadi sayu mengenangkan cinta mereka yang tidak pernah usang.Al- Fatihah dan doa yang mampu ak kirim sebagai tanda cinta...
Tuesday, October 15, 2013
Tuesday, September 24, 2013
PTPTN : rebutlah peluang 20 % sehingga akhir September 2013 !!!
anda peminjam PTPTN?
nak bayar secara lump sum?
potongan 20 % akan berakhir pada hujung bulan ini.
berdasarkan pemerhatian minggu lalu cawangan PTPTN di KL Sentral penuh sesak dengan peminjam yang ingin merebut potongan 20 % bagi bayaran lump sum.
untuk mengurangkan kesesakan banyak cawangan PTPTN yang dibuka hingga jam 6 petang pada hari sabtu & ahad.
bagi peminjam yang ingin membuat permohonan pertukaran ujrah (1%). permohonan boleh dibuat samaada secara online atau datang terus ke kaunter PTPTN yang terdapat di negeri masing-masing serta di UTC.
sebenarnya penting untuk semua peminjam mengemaskini maklumat terkini mereka seperti alamat dan no talipon masing-masing.
website ujrah : http://www.ptptn.gov.my/index-ujrah.html
semakan pengawai yang mengurus pinjaman : http://eform.ptptn.gov.my/ptj/semakan-ptj.cfm
borang-borang yang boleh dimuat turun : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2
mohon untuk rujuk website rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung untuk sebarang perkembangan dan semua hal berkaitan dengan pinjam anda..
mungkin setengah orang tidak berpuas hati dan mahu menghapuskan PTPTN. tapi cuba fikir, kalau dahulu korang tak pinjam ..adakah korang akan berjaya mengharungi musim pembelajaran ???
mohon rasa tanggungjawab ada dalam diri kita untuk membayar untuk kesenangan generasi baru..
siapa yang dulu...Jodoh Dia
minggu ini bakal pulang ke kampung lagi..adik akan melangsungkan pertunangan dan akan bernikah pada raya cina nnt.2 minggu lepas mak bertanya sekali lagi samaada aku berkawan serius atau main-main. selalu jawapan yang sempoi aku bagi,..nnt ada calon menantu mak aku akan bw balik menghadap mak abah....
sebenarnya mak xla push aku suh menikah memandangkan adik yg akan nikah dulu. tapi mungkin dia risau aku yang tak pernah nak serius dengan hubungan. hahahaha..ini aku nk gelak guling...bukan tak pernah serius la mak...mungkin tak ada jodoh lagi. rasanya hati aku dh pernah cuci ngn Dettlo...lalalallala
selalu menjadi isu dalam kalangan mak sedara aku ialah langkah bendul...ala..aku relax je pon.dah jodoh adik. bagi lah adik nikah dulu.sekarang bukan zaman dalu, kakak tak boleh langkah bendul. bising mak sedara aku, katakanya takut jodoh aku lambat sebab adik yang nikah dlu.lepas tu nk sepersalinan tuk tunang lagi...alahai..apa la nk bagai dengan persalinan..memudahkan adam dan hawa membina masjid kan lagi utama :). aku anggap sebagai positif teguran sedara mara.
ada jodoh insyALlah aku nikah.sekarang ni akak bagi la settle hal adik dulu...serius aku sangat risaukan adik aku yang ke 3 ni..berharap sangat lelaki yang dia sayang dapat jaga dia dengan baik. dari zaman sekolah pon, aku berharap kalau adik sama sekolah dengan aku..aku xnak dia alami zaman aku bergelar junior...
doaku..itu jodoh adik..
insYAllah dia lelaki yang baik
mampu membawa adik ke jannah
menerima kelebihan dan kekurangan adik
menyanyangi adik apa adanya...
semoga Allah mempermudahkan segalanya..
Amin..
Wednesday, September 18, 2013
Karma
aku lihat karma itu tak pernah menipu,
seperti mana kau lakukan padaku,
aku masih tersenyum dan ikhlas menjadi sahabatmu,
walau pernah satu ketika dulu kau sangat hebat menikam aku
dari setiap sisi,
kau tikam
perlahan-lahan kau cuci tangan
kemudian menerpa aku dengan pelukan dan senyuman..
aku bukan tak pernah tahu permainan yang kau mulakan
cuma aku jenis yang malas untuk membunuh dirikau semula,
bukanlah bermaksud aku terlalu baik,
cuma aku ingin melihat kelicikan menawan keadaan dan menjatuhkan orang dihadapan kau,
dan aku juga malas nk memikirkan perangai budak 7 tahun
kini
aku tak pernah meminta karma itu kembali
kau ditikam kawan-kawan kau sendiri
aku cuma paham KARMA
seperti mana kau menikam aku dahulu
mereka sudah bijak membaca permainan kau
aku seperti biasa
tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa
pada saat aku merasakan parut itu seakan berdenyut kembali
sebenarnya
itu ujian buatku
melihat sejauh mana kau akan kenal erti ikhlas dalam persahabatan
Sunday, September 1, 2013
menangis
Menangis
Terpendam suatu rasa yang tak bisa kau luahan.
Kepenatan menahan segala rasa hingga kau dimatikn..
Untuk lapangkan segala perasaan yang membuku di jiwa
Aku biarkan air mata ini tumpah
Biar aku tenang
Biar aku nikmati erti sebenar
Menangislah sayang
Kau bukan lemah

Saturday, August 31, 2013
perjalanan mencari jawapan
Aku berada di tengah perjalanan antara ak harus teruskan atau berhenti,
Memilih realiti atau berada dalam angan yang belum pasti itu adalah sesuatu yang aku tak dapat pastikan. Selalu menyatakan pendirian tentang ketabahan,kecekalan,mampu berdikari tanpa bantuan adakala topeng semata-mata.Aku cuma tidak mahu dikatakan lemah dan tidak mampu berdiri atas kaki sendiri.
Kadang kala aku penat menjadi si bisu yang bahagia.lantas semua rasa aku pendamkan tanpa aku muntahkan semua larvanya. Sesuatu yang penat dan menjadi complicated. Sangat penat.adakala aku memilih untuk berhenti dan memilih ketenangan dan lari dari permainan dunia.tapi apakan daya, aku bukan nabi yang maksum.ada keputusan yang aku yakin dan ada yang tersasar.
sejak akhir-akhir ini aku memilih untuk berkhalwat dalam dunia aku sendiri.berjalan di dunia luar penuh sandiwara menyebabkan aku bingung dan terhenti seketika.ada satu ketika aku seperti kehilangan jiwa yang dulu.loser ! Terasa seperti roda gergasi yang diputar..dan giliranku di bawah..
Saka apa yang membelai jiwa ini. Aku ingin keluar dari dunia saka ini.aku ingin menjadi diriku yang dulu. Kental dan tabah serta bermotivasi. Anjakan aku perlukan untuk berada pada kedudukan yang aku mahukan. Aku tak perlukan kalsium pada ketika ini untuk tinggi dan mengapai apa yang aku hajatkan.aku cuma perlukan sesuatu yang aku tidak tahu..tapi aku sangat inginkan untuk mengapai bintang.
Sekali lagi perjalanan ini diuji.lantas haruskah aku menyerah membuktikan kemenangan saka jiwa ini. TIDAK.
Aku memilih untuk menempuh segalanya.biar sakit menampakan luka,biar mengalir air mata tanda lelah..tidak wajar untuk aku terlalu awal kalah.sebenarnya aku harus berjuang dengan cara aku sendiri.cukuplah keletihan ini..
Dan biarkan sesekali aku tidur nyenyak sambil menikmati mimpi..

Thursday, August 22, 2013
InsYAllah..Allah segalanya
salam
salam lebaran buat semua..
saat jemari masih menaip di sini, seorang teman mungkin sedang gelisah.
ayahnya dibedah kerana terdapat ketumbuhan dalam perut.
beberapa hari lalu melihat beliau sentiasa mengupdate status FB untuk pengetahuan teman-teman.
alhmdulilah..selepas 9 jam,ayahnya telah selamat dibedah , kemudian ke ICU dan dipindahkan ke wad biasa.
beberapa jam lepas dalam pukul 8.45 keadaan ayahnya tidak stabil. mungkin terdapat komplikasi atau pendarahan.melihat beliau sebagai anak sulung dalam keluarga dan rasa sayang kepada ayahnya dengan penuh tanggungjwb. beliau hanya 2 beradik sahaja. kadang terkejar antara kerja dan menjaga ayahnya di hospital.
sebagai teman, daku hanya mampu memberi sokongan dan kata-kata semangat. insYAllah Allah menguji hambaNya kerana Dia tahu tahap kemampuan hamba tersebut.dan Dia juga tahu, hambanya mampu menghadapi. semoga ayahnya cepat sembuh daripada pembedahan dan menikmati kehidupan seperti biasa. INSYALLAH..Allah selalu ada untuk hamba2nya..dan semua teman-teman mendoakan kesejahteraan ayahnya.
saat sakit begini mengingatkan kepada emak yang beberapa tahun mengalami psirosis. ketabahan dan kecintaan abah menjaga dan berusaha samada secara moden atau tradisional. saat begini sangat menguji kasih sayang semua ahli keluarga kami. sangat tabah ! cekal ! . rasanya tak pernah abah merungut penat menjaga emak. sehingga adakalanya ak terpikir suatu hari nanti, adakah lelaki sebaik dan setabah abah? rasa cinta dan sayang pada emak tidak pudar, dan bibirnya tak pernah mengeluh.
terima kasih Allah, banyak yang kami pelajari dan teladani daripada setiap ujian dan dugaanmu terhadap kami. dan percayalah setiap ujian Allah ada hikmahnya. buat temanku...semoga tabah dengan situasi ini dan semoga keadaan ayahnya kembali stabil..insYAllah..
selamat malam semua :)
Subscribe to:
Posts (Atom)