Sunday, July 24, 2011

kau tahu hati wanita

kau tahu hati wanita
suara yang tak terdengar
saat dia tahu kau punya cinta hati lain
dia tetap memberi peluang
agar kekasihnya tahu
manusia bukannya sempurna
dan kau tetap sama dengan alasan
sibuk dan penat

berlarilah kamu dengan seribu cerita
berlari dengan segala pembohongan
disaat kau membohongi
dan hati kecil wanita ini menangis
kerana hancur lebur kecintaanya
dan kau masih membutakan mata hati
terus melukan hati wanita ini
kau tahukah hati wanita ini?


saat wanita ini benar-benar mahu pergi
mungkin itu yang kau mahu
dan dengan lelahnya
wanita ini melepaskan cinta dari sisi hidupnya
saat kau tidak menghargi hatinya yang tulus
dan wanita ini benar-benar mahu pergi
pergi bersama cintanya yang dikhianati
oleh semua bayang yang dicipta kekasih hatinya...

saparina yaakub
sg petani, kedah
9.46 mlm
24julai 2011

2 comments:

Della Fesyen said...

yakin diri
dan Ilahi
punya kisahnya sendiri.
biar yg pertama di hati
pencipta diri.

Itu Aku said...

RaRA :insYAllah akak :)