Tuesday, July 26, 2011

kutinggalkan malam

di saat semua sunyi
sendirian dipeluk malam
khayal dibelai dingin
malam semakin larut

selamat malam bulan yg indah
selamat malam bintang yg bersinar
selamat malam sang pungguk
selamat malam kasih

kutinggalkan malam
esok pasti hadir lagi
dalam menempuh perjalanan
sebagai khalif di bumi yang mencabar

saparina yaakub
12.23 mlm
26 julai 2011

Sunday, July 24, 2011

kau tahu hati wanita

kau tahu hati wanita
suara yang tak terdengar
saat dia tahu kau punya cinta hati lain
dia tetap memberi peluang
agar kekasihnya tahu
manusia bukannya sempurna
dan kau tetap sama dengan alasan
sibuk dan penat

berlarilah kamu dengan seribu cerita
berlari dengan segala pembohongan
disaat kau membohongi
dan hati kecil wanita ini menangis
kerana hancur lebur kecintaanya
dan kau masih membutakan mata hati
terus melukan hati wanita ini
kau tahukah hati wanita ini?


saat wanita ini benar-benar mahu pergi
mungkin itu yang kau mahu
dan dengan lelahnya
wanita ini melepaskan cinta dari sisi hidupnya
saat kau tidak menghargi hatinya yang tulus
dan wanita ini benar-benar mahu pergi
pergi bersama cintanya yang dikhianati
oleh semua bayang yang dicipta kekasih hatinya...

saparina yaakub
sg petani, kedah
9.46 mlm
24julai 2011

Thursday, July 21, 2011

mak dan duriannya..


pernah korang rasa feel yg hebat makan durian yg sedap..
entah la...
pernah sekali ku rasakan feel mkn durian yg arwah tok wan beli
skrg pon byk je durian yg dijual...
tp feel x sama kn?
mak sgt mencintai durian
dan selalunya abah setia untuk membelikan durian
sebab mak mengaku d x pakar memilih durian
abah saya hebat kn? hehehhe
mggu lepas kami sekeluarga dah memborong durian, dan mak sempat menanak pulut, wat bubur durian dll :)
td masa perjalan pulang dari pendang
mak tersenyum lebar
abah tetap setia memberhentikan kereta dan memilih durian kesukaan mak
abah sayang mak kn :)
harini kita makan durian kg ye..sedap
freshhhh
moga malam ni saya x panas badan
selamat malam semua

Tuesday, July 19, 2011

berlari

berlari
jauh meninggalkan segala rasa
aku sangat penat
menempuhi jalan-jalan ini

berlari
dan terus jauh berlari
adakalanya tersungkur
dengan penafian kebenaran
tentang rasa ini

naratif apa lg harus kukarang
klise apa lg harus kupamerkan
metafora rasa ini terlalu dalam
dan
biarkan aku terus berlari

Juvana- cikgu Daim-


Salam semua..lama xberblog
td sangat teruja untuk menyaksikan episod akhir drama JUvana di Tv3
untuk menyaksikan Daim dan kengkawan...
bagi sy ending yang baik
mungkin kita patut ubah perspesi terhadap2 bdak2 yg terlibat dalam kes juvana
manusia tak sempurna
semua org boleh berubah ke arah yang baik
sebagai masyarakat jangan asyik menyalahkan, knp kt x membantu orang2 cmni..
sekurang2 bg dorng semangat tuk teruskan kehidupan
apapon...
BEST sgt drama ni

masa part kat pintu gate...nmpak daim cam cergas walaupon dh ilang byk darah..hehehhe
oh daim n d geng...
KEDAH xdak dlm pic ni...
selepas 10 thn...
daim jd cikgu
botak jd peninju asia...
:)

Friday, July 1, 2011

job fair 2011

1-3 julai 2011
IKM sungai petani

hye semua
td g job fair
sambil jalan mencuci mta
macam-macam ragam pencari kerja
dengan file2
muka-muka yg excited
semua satu tujuan
- KERJA -