Sunday, March 4, 2012

rindu dendam

salam semua
tadi saya memang merindui seseorang
seseorang yang penting dalam hidup saya
adakala terkesan rindu hingga melewati mimpi
dan adakalanya
bagai dekat je walaupun jauh...
tadi dapat skype dengan family...
alhamdulilah..
memang terubat rindu dendam...
mak agak sempoi untuk live chat, manakala abah, seperti biasa..bersahaja..
alhamdulilah..
Dia sentiasa menjaga mereka dengan baik
teknologi....
rindu
family...
terima kasih..

"kerana cinta ini tidak pernah putus..aku selalu mengirim rindu supaya kau merinduiku jua "

Friday, February 10, 2012

sedarlah,...

awak...
bangunlah
bukalah mata seperti biasa
saya mau dengar suara kecil awak yang riuh

awak
saya jauh untuk menatap awak
dan mungkin juga saya tak dapat menahan air mata untuk terus tumpah
kesakitan awak bagai meresap dalam jiwa saya dan lain-lain

awak
bukankah kita semua berjanji untuk berjumpa nanti
hari di mana penat lelah terbalas
biar senyum sepuas mungkin
kita telah penat harungi lautan ilmu
janji pada haritu
kita semua akan berkumpul..

awak...
sedarlah
bukalah mata kembali
dari kejauhan...
hanya doa yang mampu mengantikan diri ini
semoga ujian ini menguji ketabahan dan ketaatan hambanNYA,,,

* mohon untuk sama2 mendoakan smg fitri kembali sedar dari komanya akibat kemalangan jalan raya di johor semalam...amin

sedarlah fitri...





Monday, February 6, 2012

Penganggur Terhormat

salam
malam masih muda
bru jam 2 pagi
sejak rutin bukan sebagai pelajar
waktu aku kembali normal
skrg kan dok umah.
takkan nak bangun lewat..kan mak simbah sebaldi air..mau tak naya nk cuci cadar ngan tilam

sejak jadi penganggur terhormat
macam biasa je life aku
jadi suri rumah
masak2,kemas2..normal kan bg org pempuan..hihih
kdg2 hujung minggu tgk wayang atau melawat sedara mara
masa yang ada harus guna betol
kan nanti dah kerja..ada benda yang terbatas

hari ni aktiviti makan kenduri
biasalah bila kenduri ni mesti jumpa sedara mara dan kenalan mak abah
soalan yang biasa dengar aku sentiasa balas dengan seyuman
soalan cepu emas..
macam biasa..klu jumpa lagi..mereka akan bertanya lagi
dan teruslah tersenyum dengan hormat

sekian
selamat malam
penganggur terhormat


Saturday, January 21, 2012

balik kg -kawen

harini 21.1.2012
hari terakhir di Um
5 tahun
bukan sekejap
bermula di alam stdy diriku mula menjadi penulis blog ..
tahun ni
boleh la say hi to scroll kuning..insYAllah
slmt tggl sekali lagi UM
jumpa bln 10 nnnt

kawen
ramai mmbr menikah ms CNY ni
smg bahagia selalu
dan kekal ke alam sana..amin
:)

Friday, January 20, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia, Al-Fatihah



Izwan pilus dilahirkan pada 24 nov 1979 telah kembali kepada penciptaNYA harini pada jam 6.15 ptg akibat jangkitan kuman dalam darah
beliau terkenal dengan lagu kembali senyum
apapon marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan semoga rohnya tenang di sana
amin..
AL-FATIHAH

sumber ( abg nara dan blog2 lain )

Saat Lafaz Sakinah


esok
20 januari 2012
hari pernikahan seorang teman baik-syakiroh & shuib-
maaf..maaf..maaf
tidak dapat hadir di saat Lafaz Sakinah mu
hari
penyerahan tanggungjawab kepada suamimu
hari dirimu akan jadi isteri kepada dirinya..
daku mendoakan yang terbaik buat dirimu sayang...
insYAllah
semua akan berjalan dengan lancar
jumpa di hari bahagiamu
janjiku
aku akan selalu ada
SELAMAT PENGANTIN BARU..SYAKIROH & SHUIB



Friday, January 13, 2012

Mak..

mak...
cek sarapan oreo dengan oat je pagi ni
mak cakap,
makan macam makanan omputih kan
cek kan dok hostel,
mana leh masak

mak..
kalau pagi-pagi macam ni kat rumah
mesti mak dah siapkan sarapan
nasi goreng...
apapun jenis nasi goreng yang mak wat
itulah paling sedap...

cek tak pernah jemu untuk menikmati tiap2 pagi menu yang sama
sebab mak rajin wat nasi grg yang berbeza tiap2 pagi
walaupon sarapan western tuk isma
nasi goreng cek tetap terhidang

mak..
oreo ni manis
oat ni tawar
tapi cek dh kenyang tuk pagi ni

mak..
mak jgn risau..
semua baik..
cek cuma rindu