Sunday, February 21, 2010

bintang-bintang

salam semua
esok aku akan pulang ke kota
kenapa la malas sgt nk balik um
lalallalalla
xpuas cuti lg
apakan daya
asgmnt bertimbun harus aku settle
tanggjwb sebagai pelajar harus aku tunaikan
mlm nie ...
bintang masih bnyak kat langit
aku suka tengok bintang
rasa ketenangan seperti aku menikmati sawah padi
bintang hati?
belom aku temui~lalallalalla~
kan enak saja kalau dapat berbaring di tepi pantai
sambil mendongak menatap hamparan bintang di langit
mendengar deruan ombak dan merasai pelukan angin malam
hahhahaha
best nye percutian macam tu erk,,,
tertiba aku teringat lagu bintang hati
Bintang Hati oleh Amy Mastura

Bintang-bintang berkerdipan
Hanya satu mengusik pandang
Hanya satu antara seribu
Pilihanku

Berkerdipan menghiasi
Hanya satu bintang di hati
Hanya dikau dalam seribu yang telah
Menawanku

( korus )
Datanglah ke dalam hidupku
Bawakanlah cahaya cinta mu
Datanglah ke dalam hidupku
Kini dirimu aku rindu

Di mataku kau berbeza
Kilauanmu menyentuh rasa
Kaulah bintang bersama cahaya
Tersembunyi

Bintang hati kau penyeri
Ku dambakan kasih sayangmu
Geloraku setiap waktu berlalu
Kau ku tunggu

Bintan! g-bintang berkerdipan
Yang datang mengusik pandang
Kau satukan antara seribu pilihanku
Hanya kau ku rindu
( ulang korus 2X )
note: mau tido n pack barang
esok balik kl
bye

Thursday, February 11, 2010

balik ke kampung

salam semua
terlebih dahulu panjatkan kesyukuran pada Allah SWT
dengan limpah dan kurniaNya kita masih bernafas dan meneruskan kehidupan di muka bumi ini
aminnn
mgu nie balik kg...yeyeyeyye
cuti 1 mgu
aku dh xsabo nk balik kdh
dh 2 bln xbalik
ish2
apapon
harap korang semua bahagia
sesiapa yang pulang ke kampung samada menggunakan kenderaan sendiri atau awam..
berhati-hati
pandu cermat ..ingtla org tersayang ::iklan la plak::
cuti-cuti gak
asgmnt jangan lupa( aku nyer dh bertimbun)
apapon
selamat plang ke kampung semua
salam

Monday, February 8, 2010

letih...

penat
letih
lelah
hela seketika nafas yg panas
sepanas sang mentari di luar
bahang membakar diriku


penat
letih
lelah
kupinjam tiang telefon
untuk kuhela lelahku
mata melilau
memerhati
diperhati

arghhh
kaki membatu enggan melangkah
mentari masih marah
membakar kulitku
perit....

penat
letih
lelah
izinkan ku bernafas seketika
setiap ruang pelosok
yang riuh dengan bayangan manusia
aku letih....

Saturday, February 6, 2010

aku insan biasa


:: aku insan biasa ::

aku yg mencurigai hati
tentang perasaan ini kepadamu
atau kamu
sekadar peneman sepiku
sekadar membuat aku tersenyum kembali

aku yg mencurigai hatiku
adakah kamu
hanya hadir untuk seketika diruang masaku
dan ..
kamu akan pergi
meninggalkan kembali rasa yg tertikam ini
lantas harus aku merawat kembali

aku insan biasa
yang ingin bercinta kembali
setelah sakitku
telah aku biarkan ia pergi jauh
jauh dari rasa ini
agar aku temui kasih yg abadi
yang mencintai insan biasa ini

aku insan biasa
yang menanti puteraku
yg dapat membuka pintu hatiku
untuk aku berikan cinta dan rasa ini
kepada puteraku
aku di sini
menantimu
dengan yakin.....


Saparina Yaakub
1.1.2010
Universiti Malaya
Kuala Lumpur, Malaysia

air ...bahagian 2

salam semua
harini adalah hari ke 3 xder air kat um
semalam air bergantung kepada PUSPEL yg menghntr ( sehingga tengahari)
semalam juga setiti air xder kat pili2 air utama
akhirnya mandi juga ktorg diwaktu tghari
sbb paip utama di floor bawah dh ada air
apapon kena redah gak
sbb ptg aku ada perbincangan kat libry
hujab lebat nak mampos
payung lupa bwk
adeiii..kuyup juga la aku ptg tu
dalam libry> sejuk =beku
apapon hingga saat aku menaip untuk siapkan entry nie
air cuma ada kat pili utama saja
penat juga mengangkat air
selamat aku dh berpindah ke tgkat 1..(masih bilik yg di hujung donia..hahhaha)
penat juga la angkat air
bila air nk ada baju dh bertimbun
cepat la baiki paip air yg rosak
ish2
sadis sungguh...
apapon
sabar itu separuh dari imannnnn....

Thursday, February 4, 2010

air....

salam semua
saat aku menulis entry nie
kepenatan masih terasa kerana mengangkat ayaq dari bawah ke tingkat 2
adeiii....
tiba2 1 um xder air stat pagi td..
selamat kat fak aku ada ayaq
masa ayaq xder bru lah tahu nk menghargai air
air..air....
penatnye p ambik ayaq
syabas dh 4 kali hantar ayaq
tolong2
sapa nk angkat baldi aku
jwbnya> angkat sendiri la cik adik syg
apapon..terima je la
seharian xder ayaq kat kolej kita
ish2...
cobaan!!!!

Monday, February 1, 2010

ini bukan yang sebenarnya

salam semua
dan ini bukan sebernarnya aku nk cite di sini
sebenarnya td
akuterfikir untuk menulis tentang kisah cinta monyet aku dan rakan2 semasa zaman sekolah kmi
tapi..tetiba aku ketandusan idea dan olahan cerita
beberapa jam berhenti
dan akhirnya
aku memlih untuk menulis ttg kisah ini
aku yg chuby (ppt ke dibold tajuk nie?)
ahakhs....
selepas balik dr cuti semester ke 5
agak terkejut
aku dh bertambah berat
adeiii..xkusangka
apa yg tlh kumakan sepanjang cuti semester?
hahhahahha
balik dr shopping pas timbang berat badan..
mood nk makan xde
mak cakap :risau berat bdn naik ker?
aku senyum kambing : naik 3 kilo tu..ish2
adeii...pasni msty dorg sedar aku dh chhuby
yeah! ppi dh semakin tembam
hahahha
prob la sgt
beberapa hari lepas aku ada sembg kat ym ngan org yg terror la cikit bab kesihatan
berdasarkan tggi dan berat aku..leh dikatakan aku dh obes
TIDAK!!!
aku rasa cam besa je..
adeiii
d sarankan jg makan
elak mkn manis,garam dll
ahaks...
APA YG SEBENARNYA
itulah pempuan
dengan kecantikan
takot gemok
ITU AKU KER?
hahahhaha
mungkin juga
sbb aku pon manusia biasa
APA TINDAKAN LEPAS INI
aku kena confident
walau chuby aku kena berkeyakinan dan menyangi tubuh aku sendiri
xpayahla nk berlapar semata2 nk cantik atau kjd org len
yg penting sihat
jg mkn+ bersenam
adik selalu ckp
klu nk cantik, kita confident
bru itu cantik
sbb cantik seni dan abstrak
betol2
aku pon selalu guna ayat 2
apa la aku nie...hhhhoo
pasno
dah tahu apa yg nk wat
jeng..2x
papai semua
dan
ITULAH YANG SEBENARNYA
NOTA : bersyukurlah dengan apa yg ada,
yakin dgn diri anda sendiri
sentiasa comel dan bahagia
dlll....