Thursday, August 22, 2013
InsYAllah..Allah segalanya
salam
salam lebaran buat semua..
saat jemari masih menaip di sini, seorang teman mungkin sedang gelisah.
ayahnya dibedah kerana terdapat ketumbuhan dalam perut.
beberapa hari lalu melihat beliau sentiasa mengupdate status FB untuk pengetahuan teman-teman.
alhmdulilah..selepas 9 jam,ayahnya telah selamat dibedah , kemudian ke ICU dan dipindahkan ke wad biasa.
beberapa jam lepas dalam pukul 8.45 keadaan ayahnya tidak stabil. mungkin terdapat komplikasi atau pendarahan.melihat beliau sebagai anak sulung dalam keluarga dan rasa sayang kepada ayahnya dengan penuh tanggungjwb. beliau hanya 2 beradik sahaja. kadang terkejar antara kerja dan menjaga ayahnya di hospital.
sebagai teman, daku hanya mampu memberi sokongan dan kata-kata semangat. insYAllah Allah menguji hambaNya kerana Dia tahu tahap kemampuan hamba tersebut.dan Dia juga tahu, hambanya mampu menghadapi. semoga ayahnya cepat sembuh daripada pembedahan dan menikmati kehidupan seperti biasa. INSYALLAH..Allah selalu ada untuk hamba2nya..dan semua teman-teman mendoakan kesejahteraan ayahnya.
saat sakit begini mengingatkan kepada emak yang beberapa tahun mengalami psirosis. ketabahan dan kecintaan abah menjaga dan berusaha samada secara moden atau tradisional. saat begini sangat menguji kasih sayang semua ahli keluarga kami. sangat tabah ! cekal ! . rasanya tak pernah abah merungut penat menjaga emak. sehingga adakalanya ak terpikir suatu hari nanti, adakah lelaki sebaik dan setabah abah? rasa cinta dan sayang pada emak tidak pudar, dan bibirnya tak pernah mengeluh.
terima kasih Allah, banyak yang kami pelajari dan teladani daripada setiap ujian dan dugaanmu terhadap kami. dan percayalah setiap ujian Allah ada hikmahnya. buat temanku...semoga tabah dengan situasi ini dan semoga keadaan ayahnya kembali stabil..insYAllah..
selamat malam semua :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
:) . alhamdulillah... susah nk jmp seorg suami yg sanggup menjaga isteri sakit... yg selalu jumpa isteri.. semoga mak & ayah ang sihat & ejahtera selalu... makin bertambah kasih sayang.. aminn...
Tq ain
Smg kasih mereka kekal hingga jannah
Aminnn
Post a Comment