Tuesday, November 18, 2008

AkhirnYA berTAut juga KAsihku....

Salam semua, jariku menari-nari lagi untuk setiap tatapan buat teman mahupun yang teristimewa. Exam yang berakhir jumaat lalu membuatkan aku kembali lega..dan kini masa untuk ENjoy =). apa yang menarik hujung minggu lalu ialah aku bertemu dengan sahabatku yg tlh 10 tahun terpisah....dia pidah (boleh visit hafirdaafiela.blogspot.com). perasaan aku seakan gelisah..maklum la 10 thn memisahkan kami (walaupun bkn la jauh sgt,dlm malaysia jg).
dia masih seperti yang aku kenal semasa di sekolah rendah, SAMA SEPERTI DAHULU, d kni berjaya sebagai seorang penulis. sepanjang berjauhan surat dan hpon menjadi penyambung ikatan persahabatan.. dan tanggal 15.11.2008 kmi berjumpa ,dan d tersenyum menyambut aku di stesen PUTRa.... malam 2 aku tido kat umah d..menyembang sampai pagi..hahahahah
apapon tq kerana menerima kedatanganku..kita bertemu jg dan AKHIRNYA BERTAUT JUGA KASIHKU............TQ

Wednesday, November 12, 2008

HATIKU

hatiku…
adakalanya putih, adakalanya hitam
warna-warna yang mewarnakan jiwa dan perasaanku
yang memancarkan siapa aku
kerana aku sendiri adakalanya belum kenal siapa aku

hatiku….
adakalanya bingung dengan setiap bisikan yang ada
bisikan yang menjemput aku ke kiri dan kanan
bisikan yang mengalunkan kata-kata
tetapkanlah apa yang telah tertulis
tanpa aku meraguinya lagi…..

Tuesday, November 11, 2008

nak tido

MAlam menjelma lagi...malam yg sewajarnya menjadi waktu untuk berehat..aku letih sgt hari nie.. pagi sibuk dengan exm..ptg dengan keletihan mengemas bilik ... malam meeting plak...
tiba masa nk tido...mataku x terpejam...camne nie..mmbr2 pesa g solat ler, minum ayaq byk.. kira bintang ker...tp ...MATA AKU!!!!

hahhaha
sekarang nk wat camne? jam dh pukul 1.o2..badan letih
mungkin aku merindui emak...jg merindui ddodoi oleh mak...
nk balik kg.......................

tp exm cek x abis lagi..3 ppr lagi
wawawwaw..really tired ma...

Thursday, November 6, 2008

TUHAN

apakah aku hambaMu yg baik
kerana aku penuh dengan dosa
yang menanti ditulis oleh malaikat Atib dan Ratib
ttg dosa2 ku

apakah masih ada sinar untuk aku yg hina
supaya dpt memegang gerbang Firdaus
bersama2 mereka yg memenuhi syurgamu
bersama mereka yg sentiasa bertasbih padaMU

aku takut azabmu
aku takut tergelincir dr siratulmustakim
tolong aku Tuhan
dosa2 ku yang x terhitung
ampun aku Tuhan
aku mahu mati dalam iman
mati dalam Islam.....

Tuesday, November 4, 2008

BOSAN

Jariku menari lagi
Atas rasa bosan yang harus aku lalui
Hari saban hari
Ada bosan, sedih, dan gembira


Bosan dengan kamu
yang menyakitkan aku lagi
bosan dengan keadaan
hingga tinggal nafas2 duka

bosan dengan bumi
yang rancak dengan bagunan kemegahan dunia
bosan dengan laut
yang makin tiada ruang tuk oksigen
kerana terukir warna kekayaan

aku ingin lari dr kebosanan
lari dan jauh dr perkataan itu
biar warna bahagia meranapkan
makna bosan……

kamu dan aku

Kamu dan aku

Kita selalu bersama
Bukan bermakna kita mempunyai cinta
Kita selalu bersama
Bukan bermakna mencintai

Aku senang bersamamu
Tenang atas nama ikhlas
Atas nama kejujuran
yang melewati hubungan ini

kamu dan aku
aku tenang bersamamu
tenang atas nama sahabat
terima kasih…..

Monday, November 3, 2008

exam.......

wawawawa exm dtg lagi..byk subjek yg x cover..masa nie mata pon mengatuk, pala pon serabut nk cover subjek yg x baca...bila exm....mcm2 nk pikir la,,mmg salah aku ler..stdy last minit...apa lagi kena la stdy juga..aku xmo pointer jatuh, tp sem nie agak sakit juga ler...wawawawwa
KEPADA MEMBER2 SELAMAT BERJAYA DLM EXM KORANG
HABIS EXM LEH BALIK HOLIDAY