Wednesday, December 31, 2008

ikhlas KU....

ikhlasku
Bukan perlu ku biar kau tatap
Bukan perlu dipersoalkan
Kerna ikhlasku
Hanya aku dan penciptaku
yang yang lebih mengetahui

Ikhlasku
Tak perlu kau perkotak katikan
Kerna kau dan aku
Bukan selayak untuk menyatakannya
Hanya Dia yang mengetahui ikhlasku
Yang ada disebalik rasa ini

Ikhlasku
Yg ada disudut hati ini
Atas cinta yang mewakili rasa
Bukan kosong
Ternyata ada cahaya
Disebalik apa yang aku sembunyikan
Moga ikhlas ini terpancar
Dan kita sama mensyukuri
Atas rasa ini yang hadir

30 disember 2008
3.49pm

Tuesday, December 30, 2008

MUhARRAm...

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).


Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

ANTARA PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARRAM :-

1 MUharram

  • Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 MUharram


  1. 10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
    Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
    Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
    Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
    Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
    Allah menurunkan kitab
    Taurat kepada Nabi Musa.
    Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
    Penglihatan
    Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
    Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
    Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
    Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
    Kesalahan
    Nabi Daud diampuni Allah.
    Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
    Hari pertama Allah menciptakan alam.
    Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
    Hari pertama Allah menurunkan
    hujan.
    Allah menjadikan 'Arasy.

    Allah menjadikan
    Luh Mahfuz.
    Allah menjadikan alam.
    Allah menjadikan Malaikat
    Jibril.
    Nabi Isa diangkat ke langit

Monday, December 29, 2008

KAMI d Geng




salam maal hijrah 1430H...sedar x sedar kt tlh berganjak ke thn islam yg baru iaitu 1 muharram. apa azam kita sempena thn baru nie? adakah azam thn lepas terlaksana @ masih x berganjak dan di biarkan luput begitu sj...cam kata raja lawak (NABIL) ...LU PIKIR LA SENDiri..sesama la menginsafi diri..renung2kan dan selamat beramal..hehhehe


salam maal hijrah 1430






sempena cuti umum arinie..KAMI n d geng kuar la...bukan x menghayati kdtgn thn baru hijrah..tp ktorg kuar g cr brg kat MID ma....besa r shopping brg keperluan..memandangkan aku x beli apa lagi..kopak gak r..RM100 juga r melayang..rs cam aku beli cikit jer...x sgka sampai 100 inggt..hahhahah..dah duit pt x msuk lagi ma.....kat mid masih terasa bahang X mas n pkk krismas...apa lagi..tempat dituju lah menjadi sasaran ..dh sememangnya semua kaki bergambar...mmsing x mo jd jurupoto..ek..aku lak yg kn capture pic dorang..hahaha x kisah pon mmg hobi aku...KAMI d geng mmg kaki poto..dgn cara i2 n cara2 yg lain lah mengeratkan persaudaraan sesama kami.....huuuhuuh..dah puas bergambar kami ke carrefour ..apa lagi dok perabis duit ler....apapon..enjoy sepetang di mid valley.....

candid la plak kat MID..tgu santa kut

Sunday, December 28, 2008

NO PRIVACY !!!!!!

ARGHHH.....kegeraman melanda aku....mn x nya, semenjak billik diubahsuai, aku mendapati tiada privacy langsung..pa kes nie...? dulu ader gak almari yg menjadi sempadan antara aku ngan roomate..skrg dh terbuka..bkn x mo mengeratkan silaturahim..sekurang2 nyer kn ler ader tempat persendirian gak....arghhhhhhh..bagaimana harus aku lalui nyer....apapon nmpak nyer kena redha r..sem nie akan lebih mencabar dr sem lepas dgn persekitran bilik yg bru renovate.....arghhhhh..tolong la otomen....

Saturday, December 27, 2008

Abang....

aku ader sorang jer abg, d la body guard aku....beza umo kami 2 tahun jer...msty la aku syg kat d,cz aku hanya d sorang je (abg BF kira title len la.hahhah)..dulu ms kecik d x la rapat sgt..tp sapa buli aku ms kat sekolah msty aku report abg aku..hehehhe. bla dh beso camnie, abg pon dah ader kerjaya..aku rasa sunyi sgt cz abg x selalu ader kat sisi aku n family. tp sekarang abg dah dekat cz tmp keje ngan u aku x la jauh sgt,jd klu ader prob aku cll abg..bla dah beso rasa kamcing la plak....
tah r, mmg dah sedarah n sedaging kan nmnya..msty la aku rndu n syg kat d.aku harap d sentiasa success, dapat wife yg baik n selalu ingt kat family.msty d bangga aku dok puji d dlm blog aku nie..apapon dia adalah antara anugerah terindah dalam hidup aku..THANXS MY BRO.... LUV U ALWAYS...

Friday, December 26, 2008

SELAMAT HARI LAHIR

HARI LAHIRMU ( DEDIKASI BUAT SAHABAT (GIN) SEMPENA HARI LAHIRNYA)
Tarikh itu
Genaplah usiamu
Meniti hari-hari di masa depan
Moga kamu semakin matang

Aku tidak punya apa
Sebagai mewakili kasih
Sempena hari lahirmu
Mewakili digit yang bertambah bagi usiamu

Aku hanya bisa mengutuskan
Rasa kasih yang mewakili nama persahabatan ini
Walau jauh dimata
Aku yakin
Ia dekat dihati


Jangan biar lautan pasifik
Membeda hubungan ini
Kerana
Dunia tanpa sempadan
Di alam maya
Pertemuan tercipta
Dan sememangnya ia tertulis di Azali

Sempena hari lahirmu
Moga kamu sentiasa bahagia
Selalu tersenyum
Aku doakan
Moga kamu bahagia
Atas setiap langkah yang dipilih
Moga kamu selalu diredhaiNya

Ikhlas atas nama persahabatan ini
Ku mohon maaf
Kerana hanya rasa ini
Yang mampu aku kirim
Buatmu
Sempena hari lahirmu……


Thursday, December 25, 2008

borinG Tahap IGUana?

wwawwa..keboringan melanda 5 sahabat di kolej nie.antara mereka yg dilanda keboringan tahap iguana ialah AKU,REHAN,SHIDA, TIKAH N KIROH....jadual ktorg, bgn pagi,,solat,mkn..p practise, mkn tenghari, tido, mkn ptg pas2 malam lepak depan tv... asyik 2 jer ktorg nyer xtvt ktorg sepanjang dtg awai ke klj..wawwawaw..aku boring tahap iguana
arinie x prctise..wah..melepak sakan aku depan laptop nie..layan game n chating...ptg nie nk p jogging kut..mengurangkan kandungan lemak yg ade kat bdn nie (HOOHOHO)

hw about my boy? arghhhhhhh GERAM !!!!

Monday, December 22, 2008

back 2 kampus =(




Semalam 21 dec aku dah sampai kekolej..malas giler kn balik u awai sebegini. namun apakan daya dah join projek kolej ngan mmbr aku,maka kena dtg awai la....kan bes klu waktu sekarang dok melepak kat umah dengan family. x puas menghabiskan masa family. I LUV MY FAMILY nie dok kat hostel ngan mmbr2...asyik mkn, tido ngan prctise tuk festival seni pulak.....wawawawaw


apapon..relax r..bla nk join projek kolej lagi..time nie la nk menimba dan menyedut ilmu serta pengalaman.ok pa..ok la, malas nk tulis byk2..aku dah boring tahap iguana


tatattatata


Sunday, December 14, 2008

result?

TERUK !
semalam result dah kuar, sebenarnya result dah kuar mgu lepas lagi kat fak. ala PGNk aku naik cikit jer..terkecewa la aku ..padan muka aku yang malas belajar..keje tido jer
APA2 PON SEM DEPAN AKAN AKU PASTIKAN pointer aku naik juga..bagi d tinggi sikit....hahahhaha
dah lewat nie..mgu nie busy la..abah nak wat kenduri plak...
sapa nak nikah? wait n see
bye

PENDUSTA

Pendusta

Penipuan apa kah ini
tikaman dari belakang tanpa kusedar
Pedihnya ku rasa
Hingga hilang rasa ini

Inikah kuterima
Tikaman yang kau berikan
Membuat percaya aku hilang
Hilang setiap rasa yang ada antara kita
Kau dalang segalanya
Bertopeng disebalik rahsia dirimu

Kau pendusta
Tusukan berdarah masih kurasa
Inikah perhubungan atas nama ikhlas
Kau pendusta
Kau pembohong
Aku sakit atas sikapmu
Hingga yang tak berdosa jadi mangsa
3 disember 2008
Kedah, Malaysia
11.53 malam

Tuesday, November 18, 2008

AkhirnYA berTAut juga KAsihku....

Salam semua, jariku menari-nari lagi untuk setiap tatapan buat teman mahupun yang teristimewa. Exam yang berakhir jumaat lalu membuatkan aku kembali lega..dan kini masa untuk ENjoy =). apa yang menarik hujung minggu lalu ialah aku bertemu dengan sahabatku yg tlh 10 tahun terpisah....dia pidah (boleh visit hafirdaafiela.blogspot.com). perasaan aku seakan gelisah..maklum la 10 thn memisahkan kami (walaupun bkn la jauh sgt,dlm malaysia jg).
dia masih seperti yang aku kenal semasa di sekolah rendah, SAMA SEPERTI DAHULU, d kni berjaya sebagai seorang penulis. sepanjang berjauhan surat dan hpon menjadi penyambung ikatan persahabatan.. dan tanggal 15.11.2008 kmi berjumpa ,dan d tersenyum menyambut aku di stesen PUTRa.... malam 2 aku tido kat umah d..menyembang sampai pagi..hahahahah
apapon tq kerana menerima kedatanganku..kita bertemu jg dan AKHIRNYA BERTAUT JUGA KASIHKU............TQ

Wednesday, November 12, 2008

HATIKU

hatiku…
adakalanya putih, adakalanya hitam
warna-warna yang mewarnakan jiwa dan perasaanku
yang memancarkan siapa aku
kerana aku sendiri adakalanya belum kenal siapa aku

hatiku….
adakalanya bingung dengan setiap bisikan yang ada
bisikan yang menjemput aku ke kiri dan kanan
bisikan yang mengalunkan kata-kata
tetapkanlah apa yang telah tertulis
tanpa aku meraguinya lagi…..

Tuesday, November 11, 2008

nak tido

MAlam menjelma lagi...malam yg sewajarnya menjadi waktu untuk berehat..aku letih sgt hari nie.. pagi sibuk dengan exm..ptg dengan keletihan mengemas bilik ... malam meeting plak...
tiba masa nk tido...mataku x terpejam...camne nie..mmbr2 pesa g solat ler, minum ayaq byk.. kira bintang ker...tp ...MATA AKU!!!!

hahhaha
sekarang nk wat camne? jam dh pukul 1.o2..badan letih
mungkin aku merindui emak...jg merindui ddodoi oleh mak...
nk balik kg.......................

tp exm cek x abis lagi..3 ppr lagi
wawawwaw..really tired ma...

Thursday, November 6, 2008

TUHAN

apakah aku hambaMu yg baik
kerana aku penuh dengan dosa
yang menanti ditulis oleh malaikat Atib dan Ratib
ttg dosa2 ku

apakah masih ada sinar untuk aku yg hina
supaya dpt memegang gerbang Firdaus
bersama2 mereka yg memenuhi syurgamu
bersama mereka yg sentiasa bertasbih padaMU

aku takut azabmu
aku takut tergelincir dr siratulmustakim
tolong aku Tuhan
dosa2 ku yang x terhitung
ampun aku Tuhan
aku mahu mati dalam iman
mati dalam Islam.....

Tuesday, November 4, 2008

BOSAN

Jariku menari lagi
Atas rasa bosan yang harus aku lalui
Hari saban hari
Ada bosan, sedih, dan gembira


Bosan dengan kamu
yang menyakitkan aku lagi
bosan dengan keadaan
hingga tinggal nafas2 duka

bosan dengan bumi
yang rancak dengan bagunan kemegahan dunia
bosan dengan laut
yang makin tiada ruang tuk oksigen
kerana terukir warna kekayaan

aku ingin lari dr kebosanan
lari dan jauh dr perkataan itu
biar warna bahagia meranapkan
makna bosan……

kamu dan aku

Kamu dan aku

Kita selalu bersama
Bukan bermakna kita mempunyai cinta
Kita selalu bersama
Bukan bermakna mencintai

Aku senang bersamamu
Tenang atas nama ikhlas
Atas nama kejujuran
yang melewati hubungan ini

kamu dan aku
aku tenang bersamamu
tenang atas nama sahabat
terima kasih…..

Monday, November 3, 2008

exam.......

wawawawa exm dtg lagi..byk subjek yg x cover..masa nie mata pon mengatuk, pala pon serabut nk cover subjek yg x baca...bila exm....mcm2 nk pikir la,,mmg salah aku ler..stdy last minit...apa lagi kena la stdy juga..aku xmo pointer jatuh, tp sem nie agak sakit juga ler...wawawawwa
KEPADA MEMBER2 SELAMAT BERJAYA DLM EXM KORANG
HABIS EXM LEH BALIK HOLIDAY

Monday, October 27, 2008

KAwaN-KAwaN

TERIMA KASIH KERANA MENJADI SAHABAT AKU....PD PIC YG XDER SEBENARNYA PIC KORANG ADA DLM HATI N MINDA AKU =)

( nie masa makan MAlam kolej aku kat place of goleden kuda...)
(nie kekawan aku masa SMT sg PETAni 2..reunion masa raye ari2)

(time nie masa aku wat komuniti servise area PJ tuk majlis kat fak aku,klu bab capture gambar geng aku mmg suka..hobi la... )

( nie time aku F6 kat SMK sg pasir KEdah..time nie aku nakal ngan geng aku..skip kelas n makan nasi grg time cikgu mengajar..sowi ler ckgu..)

( nie amoi yg selalu cite kisah hantu lompat kat aku..tnx amoi..mata kt sama cepet lo..)

( nie masa aku darjah 5A....aku pengawas pendek jer ..hahhah )

(( pic nie masa aku darjah 4A sek ren desa tun hussien onn kl, nie mmbr2 n cikgu Azman )

Erm....terasa jari jemari nk menaip lagi...actually aku nk tulis pasal kengkawan...kdg2 idup nie x ceria klu xder kwn2...klu ader kwn leh la keje bersama2.sama da keje baik or yg nakal2.ha mmg indah klu ader ramai kwn.yg penting payah nk cari kwn yg sama2 susah n senang, sama nangis ngan ketawa. kenangan yg dilalui bersama2 sukar dilupakan.. memandangkan aku selalu merantau, jd byk la member yg aku knl, dr sekolah rendah sampai sek menengah..ada yg still contac sampai arinie..terharu juga aku bila depa pggl nama aku...kenai lagi depa kat aku upanya =)

aku sebenarnya menghargai kekawan aku..aku syg dgn persahabatan..kpd yang pernah mengkhianati persahabtan dgnku.. aku x kisah..dh lama aku maafkan korang...KITA KAN KAWAN...kepada kekwan yg kini,lma mahupun akan dtg..relax ler..aku ttp bersama dgn korang....leh wat kje nakal2 bersama2..hahhahaha..byk plan yang aku terpikir dlm otak nie....

Pada firasat aku, ade beberapa cara untuk kekalkan persahabatan (korang leh cuba cara aku)

  1. saling memahami antara 1 sama lain

  2. menjadi pendengar dan bahu yng baik
  3. sedia menegur keburukan & kebaikan yg membina (dgn cara yg baik,,jgn soind derect jer

  4. jgn dok bw gosip sal kawan korang

  5. menghormati hal peribadi anda

  6. saling tolong-menolong waktu susah n senang

  7. klu dok jauh rajin ler msg2, cll ker..berYM ker..keadaan ini akan mengeratkan hbgn sesama sahabat.

tambahan lagi klu korang dok jauh dr family...tentukan mmbr antara org yg terdekat diperlukan bila kurang jatuh tangga or jatuh katil (hahahaha) so, kena la pandai menjaga hubungan persahabatan. kalau kita mahu orang menghormati kita, kita sewajarnya menghormati orang lain juga. kalau salah faham dan gaduh2 manja adalah perkara biasa dalam hubungan persahabatan. inilah yang akan menjadi kenangan apabila korang ngan kawan korang berjauhan,....pasti terkenang memori bersama..yang penting dalam persahabatan KITA KENA IKHLAS DLM HUBUNGAN PERSAHABATAN, jgn meletakan kedudukan, paras wajah, kekayaan dan kegemilangan dalam ruang lingkup persahabatan



























Saturday, October 25, 2008

dilema?


Friday, October 24, 2008

aku

akhirnya blog aku berjaya dihasilkan ( cam ler payah sgt..slmt mmbr aku tlg). cukupla korang kenal aku ngan nma Adriana (nama cyber ler ).alkisahnya..aku dh lama dok usha blog org..x taw lak apa yg best pon..so skrg turn aku plak wat blog...cam bes jer.. aku wat blog nie bukanlah untuk tujuan berpolitik mahupun utuk benda2 yg negatif..blog nie sekadar nk bgtaw mmbr2 aku yg kat luar sn ttg AKU n benda2 semasa dan apa jer r yg aku nk tulis