Friday, October 23, 2015

Mr Pengecut


aku tiba-tiba teringat si pengecut
santun menyusun kata
supaya tidak hati terluka

walhal tayangan drama kau telah awal dilayarkan
seakan aku yang buta memahami

Ku percaya tuhan itu selalu membuka mata hati
terdetik
lalu terpancar segalanya
dan rahsia bukan lagi rahsia

si pengecut dengan cerita  yang paling hebat
telah lama aku menjadi pemerhati
pemerhati kepada segala jalan cerita yang kau karang
dan sampai satu masa
aku mengetahui segalanya

si pengecut
simpan sahaja baris kata penyesalan kau
seolah-oleh tiada penyesalan di garis wajah
mempermainkan dan menyakiti

kini aku melihat jalan-jalan  yang kau pilih
bahagia bukan
bercanda seakan dunia tidak akan kiamat
pilihla hidup yang kau mahu
tidak sedikitpun penyesalan tentang kehilangan kau

aku benar-benar tenang setelah kau pergi
pergilah bercanda  dan mengarang segala kisah yang kau mahu
aku tidak pernah kisah dan tidak pernah akan kisah
malah dalam hati aku dah  meraikan segalanya,
bakar bunga api dan menari gembira.

Aku benar-benar yakin dan gembira
ini Jalan yang aku pilih

Sunday, May 10, 2015

SESUKA Jiwa Kamu

KAMU
sesuka hati datang
sesuka jiwa pergi
kamu selalu pikir hati wanita seperti kapas?
mudah menyerap?
mudah mengering?

KAMU
selalu mengutamakan emosi kamu berbanding rasional
aku patung barangkali?
mencari kamu bagai ibu kucing hilang anak
dan kamu diam seperti ditelan ular sawa kekanyangan?

KAMU
pikir wanita untuk apa?
saat hatimu dibalut luka merayu minta perhatian
saat sejelita meragut hatimu kau pergi?
lantas..
aku patung lagi?

KAMU
untuk kali ke berapa dengan sikap begitu
aku bukan muak
aku bukan jelik
aku bukan bisu
aku bukan buta
aku cuma dah mati..

KAMU
aku dah mati
dah mati untuk kamu
terima kasih kerana mengafankanku...

tapi jangan risau kerana aku kuat untuk hidup kembali..
AKU WANITA :)

Monday, July 7, 2014

Ramadhan -----> Apa kau cari ?

Salam :)

selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan termasuklah blogger-blogger semua..
semakin hari..masa semakin pantas berlalu..dah nk masuk liku2 ke 10 ramadhan dalam beberapa hari lagi..
dalam keasyikan umat Islam berlumba2 melipat gandakan amal jariah..orang lain pon  melipat gandakan  rezeki jua

ramadhan
syurga makanan
bulan amal ibadat..

dan tentunya..bagi siapa sahaja akan menyerang bazar ramadhan lepas waktu  keje..~ plss jgn habaq ang tak penah p bazar ramadhan..  terseksa la jiwa melihat pelbagai jenis menu makanan dan kemeriahan air-air yang sejuk..perghhhh.. sungguh menggoda iman kn?

Bazar ramadhan
1. penjual
2. pembeli

semua ada tujuan dan matlamat masing-masing

1. peniaga : berniagalah dengan ikhlas seperti yang nak menikmati makanan tersebut adalah saudaramu, yang akan sentiasa menyebut keenakan makananmu..dan xsabar menanti ramadhan seterusnya untuk menikmatinya lagi..dan jangan biarkan saudaramu kecewa dek kerana ketamakan...
Insyallah..niat yang baik..Allah pasti membalasnya..jika tidak melalui wang ringgit, mungkin dengan cara lain seperti ketenangan hati...

2. Pembeli : beli dengan berhemah supaya tidak berlaku pembaziran makanan. Bukankah ramadhan melatih untuk bersederhana dan bukan berlumba-lumba memenangkan hawa nafsu. Saat kita menikmati waktu berbuka ada insan-insan yang masih berpuasa.

Jadi, dalam apa jua situasi..bersederhana dalam melakukan sesuatu perbuatan. Moga ramadhan bulan yang mendekatkan kita kepada sang Pencipta, merapatkan ukhwah sesama insan dan menjadi hamba yang lebih bertaqwa. seinci kebaikan mahupun kejahatan pasti ada  balasannya,,,
Salam Ramadhan...

Sunday, April 13, 2014

Jangan lari, Hadap dan Hadam


salam,

hye semua.. ( bajet macam ramai yg follow blog aku )
lama giler rasanya tak mengupdate atau merepek kat sini
seriusnya aku rindu  hendak merepek kat sini, tapi laptop pon perlu rawatan serta tuntutan kerja baru,
makanya aku lebih banyak tertumpu ke tugas hakiki aku iaitu mengajar
fuh...kerja baru mencabar
tapi seronok melayan kerenah budak-budak ni
yela...ko keje dengan orang banyak benda akan terlibat dalam hidup ko..
ko mengajar dengan budak, marah  depa tak buat keje sekolah, marah dorang nakal tak dengar cakap,
setakat haritu saja,
esok-esok diaorang datang sekolah..
diorang senyum gembira..tiada dendam dan perasaan macam orang dewasa

sampai tahap budak nakal tak dengar cakap dan aku sangat lelah,
aku  berharap jalan ini merupakan jalan aku pilih untuk tukar kerjaya
dan berharap ada hikmah segalanya...
tipula kalau aku tak cakap, aku tak bermonolog dengan diri bila bertukar kerjaya,
tapi ini jalan yang aku mahu
aku tetap hadap dan hadam
aku takkan lari...

ada sesetengah benda kita rasa itu ini tidak kena dengan kita
dan kadang kita lupa Dia dah tulis dengan baik kisah hidup kita
apa lagi mau  kita merungut untuk tayang pada semua lelah kita
tabahkan hati, teruskan langkah,
Dia dah tulis sebaiknya..
InsyaAllah...Dia tahu, Dia Maha Pengasih lagi Penyayang

ok..nnti aku merepek lagi...


Tuesday, October 15, 2013

salam aidil adha

salam aidil adha buat semua

mesti semua kenyang menikmati daging korban dan ketupat :)
semoga kita lebih menghayati erti pengorbanan drpd setiap aspek kehidupan.

alhamdulilah..
hari ini walaupun hujan sempat juga ak dan keluarga menunaikan  solat sunat aidil adha. macam biasa kesempatan di hari raya dengan kekangan cuti ak sempat menziarahi jiran tertangga dan saudara mara. Penting  bagi generasi kini untuk menziarahi saudara mara, ak sendiri kadang tak kenal anak sepupu yang kecil..malah yang besar pon waktu kenduri dan waktu tertentu je yang akan berjumpa.silap haribualan sedara sendiri yang ngorat.

tadi sempat juga kmi  menziarahi pusara atok dan tokwah sebelah abah dan emak. diakui boleh dikira beberapa kali ak menziarahi pusara tok dan tokwan.hanya doa yang dititip tiap kali solat.dan tiap kali mengusap nisan hati tegar ak tetiba menjadi sayu mengenangkan cinta  mereka yang tidak pernah usang.Al- Fatihah dan doa  yang mampu ak kirim sebagai tanda cinta...

Tuesday, September 24, 2013

PTPTN : rebutlah peluang 20 % sehingga akhir September 2013 !!!


anda peminjam PTPTN?
nak bayar secara lump sum?
potongan 20 % akan berakhir pada hujung bulan ini.
berdasarkan pemerhatian minggu lalu cawangan PTPTN di KL  Sentral penuh sesak dengan peminjam yang ingin  merebut potongan 20 % bagi bayaran lump sum.
untuk mengurangkan kesesakan banyak cawangan PTPTN yang dibuka hingga jam 6 petang pada hari sabtu & ahad.

bagi peminjam yang ingin membuat permohonan pertukaran ujrah (1%). permohonan boleh dibuat samaada secara online atau datang terus ke kaunter PTPTN yang terdapat di negeri masing-masing serta di UTC.

sebenarnya penting untuk semua peminjam mengemaskini maklumat terkini mereka seperti alamat dan no talipon masing-masing.

website ujrah : http://www.ptptn.gov.my/index-ujrah.html
semakan pengawai yang mengurus pinjaman :  http://eform.ptptn.gov.my/ptj/semakan-ptj.cfm
borang-borang yang boleh dimuat turun : http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2

mohon untuk rujuk website  rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung  untuk sebarang perkembangan dan semua hal berkaitan dengan pinjam anda..

mungkin setengah orang tidak berpuas hati dan mahu menghapuskan PTPTN. tapi cuba fikir,  kalau dahulu korang tak pinjam ..adakah korang akan berjaya mengharungi musim pembelajaran ???
mohon rasa tanggungjawab ada dalam diri kita untuk membayar  untuk kesenangan generasi  baru..

siapa yang dulu...Jodoh Dia


minggu ini bakal pulang ke kampung lagi..adik akan melangsungkan pertunangan dan akan bernikah pada raya cina nnt.2 minggu lepas  mak bertanya sekali lagi samaada aku berkawan serius atau main-main. selalu jawapan yang sempoi aku bagi,..nnt ada calon menantu mak aku akan bw balik menghadap mak abah....

sebenarnya mak xla push aku suh menikah memandangkan adik yg akan nikah dulu. tapi mungkin dia risau aku yang tak pernah nak serius dengan hubungan. hahahaha..ini aku nk gelak guling...bukan tak pernah serius la mak...mungkin tak ada jodoh lagi. rasanya hati aku dh pernah cuci ngn Dettlo...lalalallala

selalu menjadi isu dalam kalangan mak sedara aku ialah langkah bendul...ala..aku relax je pon.dah jodoh adik.  bagi lah adik nikah dulu.sekarang bukan zaman dalu, kakak tak boleh langkah bendul. bising mak sedara aku, katakanya takut jodoh aku lambat sebab adik yang nikah dlu.lepas tu  nk sepersalinan tuk tunang lagi...alahai..apa la nk bagai dengan persalinan..memudahkan adam dan hawa membina masjid kan lagi utama :).  aku anggap sebagai positif teguran sedara mara.

ada jodoh insyALlah aku nikah.sekarang ni akak bagi la settle hal adik dulu...serius aku sangat risaukan adik aku yang ke 3 ni..berharap sangat lelaki yang dia sayang dapat jaga dia dengan baik. dari zaman sekolah pon, aku berharap kalau adik sama sekolah dengan aku..aku xnak dia alami zaman aku bergelar junior...

doaku..itu jodoh adik..
insYAllah dia lelaki yang baik
mampu membawa adik ke jannah
menerima kelebihan dan kekurangan adik
menyanyangi adik apa adanya...
semoga  Allah mempermudahkan segalanya..
Amin..