salam semua
memandangkan esok aku dh nk pulang ke Kedah,maka dengan kesempatan yang ada ini
aku dengan rendah dirinya (sememangya dah rendah+cute) memohon ampun dan maaf dr kwn2..mungkin sepanjang aku menulis dan merapu di blog nie..ada juga hati2 yang terasa,
daku tgglkan sebuah puisi tuk korang semua....
...................
kutitip rasa atas kamu
yang telah sebati dalam diriku
sempena dengan kedatangan syawal
yang dirai atas kemenangan umat islam
melepasi hawa nafsu di ramdhan lalu...
dan tidak terlintas untuk....
untuk aku menikam hatimu
untuk aku menyakiti perasaanmu
fikiranku menragui kamu
tintaku menindakan kamu
dan segala yang mmebuatkan kamu terguris
dengan rendah diri dan tawaduk
dan penginsafan atas salah laluku
aku menyusun 10 jari
memohon ampun dan maaf
di atas silapku
dan moga kehadiran syawal ini
memberi pengertian yang bermakna
dalam perjalanan kita menuju jannah
amin.....
NOTE: SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
MAAF ZAHIR N BATIN